Wednesday, 6 July 2011

‘SHAHRUK KHAN’ MARAH MPS DAN JKR



TERSUMBAT....Ihsan menunjukkan ke arah longkang yang tersumbat.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

LONGKANG di sepanjang jalanraya antara Jalan BDC ke Jalan Buli Sim-Sim yang tersumbat dan dipenuhi sampah sarap sehingga menyebabkan air bertakung sejak sekian lama tidak disenggelarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) ataupun pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) telah menjengkelkan pembayar cukai di Pekan BDC, Sandakan.

Sabahkini.Net yang dihubungi Pengurus Jualan Pemborong Hamid Trading, Ihsan Ullah Khan yang diberi julukan ‘Shahruk Khan’ terus bergegas pergi ke Pekan BDC untuk mencari kesahihannya aduannya; mendapati memang terbukti longkang di sepanjang jalan yang dimaksudkan itu tersumbat dan dipenuhi sampah sarap.

Dalam temubual Sabahkini.Net dengan Ihsan hampir 30 minit, beliau menjelaskan perkara ini sudah lebih 6 kali dilaporkan kepada MPS tetapi beliau hampa kerana tiada sebarang tindakan drastik diambil.

“Saya amat kecewa kerana dibuat macam bola. Mereka tendang sana tendang sini. Pegawai MPS kata parit di bawang bidang kuasa JKR, tapi bila saya pergi JKR mereka kata, itu di bawah MPS. Jadi sama siapa lagi saya mahu mengadu?,” tanya Ihsan lagi yang kecewa kerana tidak ada Wakil Rakyat tampil menyelesaikan masalah penduduk BDC.

Tambah Ihsan lagi, disebabkan seluruh longkang kawasan tersebut tersumbat, maka apabila hujan turun tidak sampai 30 minit, seluruh Pekan BDC dilanda banjir kilat dan paling malang para peniaga menanggung kerugian yang amat besar, sehingga ratusan ribu ringgit.

TERSUMBAT...Pembentungan najis tersumbat tidak diselenggarakan oleh MPS.

“Kami sudah bayar semua cukai, tetapi kenapa perkhidmatan pengairan dan saliran begitu teruk sekali? Kenapa MPS tutup mata dan biarkan kami menderita? Kalau BN kalah pada pilihanraya nanti, jangan salah kami kerana penduduk BDC sudah marah kepada MPS dan JKR,” ujar Ihsan yang membayangkan akan melantik peguam untuk menuntut gantirugi daripada MPS akibat kerosakan barang-barang jualannya.

Kata Ihsan, sebagai peniaga berasal dari Pakistan dan kini rakyat Malaysia, mereka tidak akan melupai jasa-jasa kerajaan BN yang telah memberikan mereka kad pengenalan projek (Mykad) melalui pintu belakang, tetapi jika sikap kerajaan terus menzalimi pembayar cukai dan pengundi, mereka juga akan muak dan berpaling tadah.

“Jangan lupa, pengundi kami sudah lebih 10,000 orang dan kami ada kuasa untuk membuat keputusan kerana kami adalah Fixed Deposit,” ujar Ihsan yang mengakui beliau lahir di Pakistan tetapi diberi kerakyatan Malaysia setelah setahun tinggal di Sabah dan kini menjadi ahli UMNO.

8 comments:

  1. Hope that the MPS and JKR will take action to resolve this problem.

    ReplyDelete
  2. sekali lagi kritikan ke atas MPS. diharap pihak MPS akan segera bangun dan bertindak menangani masalah-masalah yang berlaku di kawasannya.

    ReplyDelete
  3. Kebersihan tanggungjawab bersama. Jangan harap pihak lain nank membersihkan semua sampah-sarap yang berpunca daripada diri sendiri. MPS dan JKR pun jangan lepas tangan.

    ReplyDelete
  4. “Jangan lupa, pengundi kami sudah lebih 10,000 orang dan kami ada kuasa untuk membuat keputusan kerana kami adalah Fixed Deposit,” ujar Ihsan yang mengakui beliau lahir di Pakistan tetapi diberi kerakyatan Malaysia setelah setahun tinggal di Sabah dan kini menjadi ahli UMNO.

    Wah, orang asing yang lebih lama tinggal di sini pun susah nak dapat kerakyatan. Senang2 pula mereka dapat? Meragukan. Adakah apa yang dikatakan ini benar?

    ReplyDelete
  5. harap isu ini akan ditangani dengan segera. mereka yang membuang samapah ke longkang juga perlu dikenakan tindakan.

    ReplyDelete
  6. tak kira MPS atau JKR, masalah ini perlu mereka selesaikan.

    ReplyDelete
  7. Siapa yang membuang sampah ini? MPS sendirikah? Bukan tapi penduduk yang tidak bertanggungjawab menjaga kebersihan.

    ReplyDelete
  8. itu sampah siapa yang buang masuk longkang?? kalau tukar kerajaan pun, tapi sikap rakyat tidak pernah tukar, hasilnya sama juga tu..

    sepekara lagi, tidak risaukah Ihsan membuat pengakuan tentang identitinya kepada media??

    ReplyDelete