Thursday, 14 July 2011

LIDAH EDWARD, SUARA BN?



Oleh : MEDIA SAPP

EKORAN kenyataan liar Naib Pengerusi DAP Sabah, Edward Ewol Mujie terhadap isu papantanda SAPP, menimbulkan tandatanya siapa sebenarnya dalang di sebalik tabir DAP Sabah; apatah lagi tindakannya mengeluarkan kenyataan murahan itu dianggap sebagai keterlaluan dan berusaha untuk menjadi juara tanpa piala.

Setiausaha Penganjur Pusat Parti Maju Sabah (SAPP), Jamain Sarudin, menyelar sikap pemimpin DAP tersebut, ketika mengulas kenyataan akhbar Edward di media tempatan kelmarin berhubung tindakan DBKK mahu membuka papan iklan Sabahtv.net yang dilancarkan pada 9 julai lepas.

Menurut beliau, Edward bertindak kurang bijak dan mendedahkannya kepada pelbagai persepsi apabila menjadi jurucakap DBKK dan BN.

“Edward seharusnya sedar, parti-parti pembangkang perlu berusaha menjalinkan hubungan baik bagi menandingi BN pada pilihanraya umum, tetapi sebaliknya secara sengaja menggagalkan usaha itu,” ujar Jamain yang kesal dengan sikap hipokrit pemimpin DAP ini dan menggambarkan seolah-olah DAP sudah menang sebelum bertanding.

Jamain yang juga Naib Ketua Pemuda Pusat selanjutnya berkata, Edward telah membakar jambatan yang baru mahu dibina dan membiarkan dirinya menjadi tikus ujikaji Barisan Nasional.

Usaha Edward hanya dilihat sebagai menutup ‘kehilangan’ mereka pada 9 julai lepas. Di mata umum, mereka sebenarnya telah tercalar dan dipalit dengan pelbagai gelaran, tambah-tambah lagi di laman sosial seperti facebook.

Tambah mengejutkan beliau ialah apabila Edward Mujie berkata setiap perkataan memerlukan kelulusan daripada DBP. Jamain tidak mahu mengulasnya dari segi UKK tetapi beliau bertanya, jika mengikut fikiran yang wajar dan waras, sejak bilakah perkataan ‘Bersih, Berani, Benar’ (slogan Sabahtv) menjadi perkataan baru dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka?

Apa yang dinyatakan oleh Edward sebagai suatu yang melucukan dan beliau turut mempertikaikan kewibawaan Edward menjadi pemimpin DAP di Sabah.

“Saya menyarankan kepada kepimpinan DAP Pusat agar tidak hilang kawalan terhadap pemimpin mereka yang secara umum semua mengetahui setiap keputusan perlu mendapat kelulusan DAP Pusat di Kuala Lumpur,” ujar Jamain lagi yang bimbang DAP tidak dapat mempertahankan kerusi tunggal mereka di Parlimen dan DUN jika permusuhan dengan SAPP berterusan.

1 comment:

  1. kalau begini lah cara DAP sesama sejenis, DAP tidak akan mendapat tempat dihati rakyat.. perlakuan DAP ini seperti menganaktirikan anak sendiri...tak mungkin dijadikan penjaga..

    ReplyDelete