Wednesday, 13 July 2011

PBS PERLU PEJUANG TULEN



BERUCAP...Bonney menyeru ahli-ahli PBS di peringkat umbi bersatu mengukuhkan parti.

Oleh: SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI

AHLI-AHLI Parti Bersatu Sabah (PBS) di kawasan Sekong, sama ada di peringkat Bahagian, Cawangan dan akar umbi diseru supaya menanam nilai-nilai sikap semangat jitu dalam menegakkan perjuangan yang tulen dalam menerajui parti yang dianggotai.

“Semangat kental yang ada pada diri masing-masing untuk terus maju ke hadapan dalam perjuangan di samping saling bekerjasama tanpa mengira kedudukan di dalam parti itu adalah amat penting sekali,” ucap Ketua Bahagian PBS Sekong, Bonney Narseso P Junico ketika berucap merasmikan Mesyuarat Tahunan PBS Cawangan Kampung Gas Baru, Batu Sapi, semalam.

Katanya, PBS merupakan rakan komponen Barisan Nasional akan terus berjuang mencapai matlamat melalui kerjasama erat antara satu sama lain demi mengukuhkan perjuangan BN, khususnya bagi menghadapi musuh-musuh politik yang sentiasa mahu menggugat kestabilan dan keharmonian yang sedia wujud dalam komponen BN.

ALBUM....Barisan Ahli Cawangan PBS Kg Gas baru bergambar dengan Bonney.

“Dalam kesempatan ini, saya meminta ahli-ahli PBS kawasan Sekong agar tidak mudah terpengaruh, kononnya lebih 1,000 ahli BN (UMNO dan PBS) kawasan Batu Sapi yang akan menyertai Parti KeAdilan Rakyat (PKR),” tegas Bonney yang menganggap spekulasi ini hanya untuk mengelirukan para penyokong BN.

Kata Bonney, ahli-ahli BN yang keluar parti dan kemudiannya menyertai parti-parti pembangkang adalah golongan yang kecewa dan mementingkan diri sendiri; maka tidak harus diterima kembali menyertai BN kerana akan menjadi gunting dalam lipatan.

Ditanya mengenai perhimpunan BERSIH yang diadakan baru-baru ini, Bonney secara berterus terang menentang demonstrasi jalanan dan menyifatkan mereka sebagai warganegara berminda kelas ketiga yang tidak menghargai keamanan Negara.

No comments:

Post a Comment