Friday, 8 July 2011

SABAH SASAR TURAP 7,000 KM JALANRAYA


KERAJAAN Sabah menyasarkan untuk menurap jalan raya sejauh 7,000 kilometer, yang dijangka menelan belanja RM10 bilion, menjelang tahun 2020.

Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri, Datuk John Anthony berkata ini selaras dengan wawasan kerajaan yang mahu melihat status jalan raya di negeri ini menyamai piagam nasional, yang kini dinikmati rakyat di Semenanjung, iaitu 80 peratus jalan berturap manakala selebihnya jalan berbatu kelikir.

"Inilah perancangan utama kita untuk membangunkan infrastruktur jalan raya di Sabah untuk kemudahan rakyat. Pada masa ini, sekitar 35 peratus jalan raya di Sabah berturap manakala 65 peratus masih jalan kelikir," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian persidangan pegawai-pegawai kanan JKR di sini Rabu.

Persidangan itu dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah.

John berkata di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) (2010-2012), Sabah diperuntukkan sebanyak RM2 bilion bagi melaksanakan pelbagai projek pembangunan intrastruktur jalan raya dengan sasaran jalan berturap sejauh 750km.

Beliau berkata mengikut perancangan, sekurang-kurangnya lima jalan raya berturap akan dibina di setiap daerah di Sabah sepajang tempoh itu. (BERNAMA)

No comments:

Post a Comment