Friday, 8 July 2011

SIAPA SABOTAG EKONOMI NEGARA?



Oleh : JAYANTHI GEETHA SUKUMARAN

ANGKATAN Muda Parti Keadilan Rakyat (AMK) mendesak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan rapi dalam kadar segera terhadap aduan rasmi yang dibuat entiti tersebut terhadap Menteri Kabinet Persekutuan sejak beberapa bulan lalu kerana memanipulasi tender dan melakukan sabotag terhadap ekonomi negara.

Timbalan Ketua Penerangan Pemuda AMK PKR Sabah, Citra Masadi, ketika menghubungi Sabahkini.net selepas membuat laporan polis terhadap Menteri Kabinet berkenaan; berkata SPRM tidak boleh memandang remeh laporan yang mereka buat kerana ramai pihak sedia tampil sebagai saksi kerana pelawaan tender Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) tidak telus dan berlaku campurtangan menteri dalam penentuan pemilihan kontraktor.

“Tindakan memanipulasi harga tender dan pemilihan tender di kalangan kroni telah menyebabkan harga melambung enam kali ganda dan menyebabkan negara menanggung liabiliti yang berat; tetapi dalam masa yang sama menyebabkan banyak projek yang dilaksanakan disifatkan sebagai ‘tenat’ kerana lewat daripada jadual atau tidak siap,” ujar Citra yang menyifatkan tindakan ini sebagai mensabotag ekonomi Negara; turut mendesak Kementerian Kewangan mengkaji semula projek yang telah diluluskan atau ditender tetapi belum melantik kontraktor.

Memandangkan pihaknya telah membuat laporan rasmi, maka Citra enggan mengulas lanjut dan menyerahkan isu berkenaan kepada polis dan SPRM untuk menjalankan siasatan dan beliau sedia tampil bersama alibi untuk membuktikan dakwaannya.

Citra telah membuat laporan polis di Balai Polis Kunak, malam semalam melalui laporan bernombor KNK/RPT/1520/2011 seperti berikut;

“Pada lebih kurang jam 20.55 malam, 7 Julai 2011, saya datang ke Balai Polis IPD Kunak untuk membuat laporan polis berkenaan artikel yang disiar dalam sebuah portal tempatan, Sabahkini.net bertajuk ‘Projek Gajah Putih Vs Projek Kering Hati’ dan ‘Projek Enjit-Enjit Semut Di Kunak’.

Maka saya bagi pihak AMK mendesak agar SPRM menyiasat dengan seberapa segera pihak yang terlibat; dengan pendedahan yang telah saya buat di kedua-dua artikel tersebut serta laporan kepada SPRM sebelum ini.

Adakah SPRM hendak menutup mata dengn kes-kes yang melibatkan seorang pemimpin kanan dalam negara ini serta menerajui salah sebuah kementerian yang mengendalikan projek tersebut dan walaupun bukti serta dokumen yang membabitkan penyelewengan dalam projek NKRA di Sabah atau pun luar bandar serta kesudian beberapa saksi untuk membantu pihak SPRM dalam kes ini, namun seolah-olah tiada sebarang reaksi positif dari pihak SPRM itu sendiri dan dalam laporan ini juga saya lampirkan beberapa salinan dokumen tender yang terdapat dalam kedua-dua artikel yang disiar sebelum ini sebagai rujukan pihak-pihak tertentu kelak.”

No comments:

Post a Comment