PETALING JAYA: Himpunan
Duduk Bantah akan diadakan depan bangunan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di
Putrajaya 5 Disember ini jika Perdana Menteri gagal selesaikan permasalahan kad
pengenalan melibatkan lebih 300,000 kaum India di negara ini.
“Najib (Razak) masih ada
masa untuk selesaikan masalah ini dan jika tidak, himpunan tetap diteruskan
sebagaimana dijadual berlangsung pada jam 10.00 pagi," lapor
KeadilanDaily.
“Kami menjangkakan ribuan
kaum India terutama mereka yang dinafi dari mendapatkan kad pengenalan sejak
sekian lama akan hadir dalam himpunan itu yang kami namakan ‘Duduk Bantah’
ini,” kata Naib Presiden PKR, N Surendran pada sidang media di ibu pejabat
parti.
Menurutnya, persediaan untuk
himpunan itu sudah mula digerakkan dan pelbagai Pertubuhan Bukan Kerajaan
(NGO), aktivis masyarakat, peguam termasuk pemimpin Pakatan Rakyat terutama
berketurunan India sudah mengesahkan kehadiran.
“Kami akan terus duduk
bantah dan berkhemah depan pejabat JPN hingga masalah ini diselesaikan. Kami
berharap pihak berkuasa menolak dari menjadi kuda tunggakan Najib untuk
menghalang himpunan ini,” tegasnya.
Sementara itu, R Sarathrajan
yang dinafi dari memiliki kad pengenalan walaupun sijil kelahirannya menyatakan
beliau adalah warganegara, turut mengesahkan kehadiran pada himpunan itu.
(KeadilanDaily)
No comments:
Post a Comment