Sunday 11 November 2012

PBT DIGESA LEBIH PROAKTIF





HADIR… VK Liew turut menghadiri Jamuan Majlis Rumah Terbuka Deepavali di Yatch Club Sandakan

Oleh : SHAIMON S JUMADI

TERDAPAT beberapa faktor sebagai penyumbang dan bakal menjadi punca kekalahan calon-calon Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum ke 13 (PRU 13) jika banyak kelemahan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti Majlis Perbandaran, Majlis Daerah, Dewan Bandaraya dan agensi-agensi kerajaan yang lainnya dalam melaksanakan tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah rakyat.

Pihak Berkuasa Tempatan (BPT) yang merupakan salah satu akar tunjang dan pusat pentadbiran kerajaan BN; maka harus memainkan peranan penting ke arah memperkasakan urusan tadbir urus engan lebih efesyen untuk menyelesai pelbagai masalah rakyat setempat.

Aspek penjagaan dan penyelenggaraan kebersihan alam sekitar, termasuk menyelenggara parit, saliran, longkang, memotong rumput, memantau kerosakan lampu-lampu jalan; malah termasuk mengawal penjaja-penjaja haram yang berleluasa di lorong-lorong bangunan sering dijadikan senjata pembangkang untuk mengemis undi rakyat.

Dengan adanya pemantauan dan tindakan tegas unit-unit penguatkuasa terhadap mereka yang melakukan kesalahan kecil bukan sahaja boleh menaikkan imej PBT, malah menambah kepercayaan rakyat terhadap kerajaan BN.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Sandakan, Datuk Liew Vui Keong berkata demikian kepada media semasa menghadiri Majlis Rumah Terbuka Perayaan Deepavali yang diadakan di Yatch Club Sandakan, kelmarin.





RASMI…Petang Pang kelihatan menyalakan Lilin tanda menyempurnakan Majlis tersebut.

“Kemarahan orang ramai khususnya pemilih berdaftar, sama ada di Sandakan mahupun di daerah-derah lain terhadap pihak berkuasa atas sebab-sebab kelemahan pegawai PBT yang enggan turut padang; telah menimbulkan kebencian rakyat terhadap kerajaan BN,” Ujar V.K Liew.

Dalam semua hal songsang yang kerap dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) kata V.K Liew; yang lebih umum Majlis Perbandaran Sandakan (MPS); rakyat hanya tahu menuding jari ke arah Wakil Rakyat; sama ada Ahli Parlimen mahupun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi menyuarakan rasa tidak puas hati mereka.

“Saya sebagai Ahli Parlimen Sandakan ingin menegaskan kepada semua pegawai Kerajaan Negeri dan Persekutuan agar menjalankan tugas dengan cekap dan efisyen demi menaikkan imej kerajaan sejajar dengan slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian diutamakan dan Janji Ditepati,” tegasnya.

Majlis Rumah Terbuka Deepavali anjuran MIC Sandakan telah dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan Negeri merangkap Timbalan Ketua Menteri, Datuk Peter Pang Hin Yin bagi pihak Ketua Menteri Sabah yang tidak dapat hadir.

Turut hadir pada Majlis tersebut ialah Ahli Parlimen Batu Sapi, Datin Linda Tsen Thau Lin; Timbalan OCPD Fadzil Mohd Ali dan pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri dan persekutuan.

1 comment:

  1. terimah kasih kerana sungguh perihatin kepada penduduk sandakan.tapi knapa kmi d bhg. Persisiran pantai lautan sim2 d pulau berhala tak dapat bantuan dri kemudahan unt rakyat sdangkan kmi ni wargamalaysia juga sila beri jawapan kenapa dan apa sebapnya kmi x dpt bntuan trsebut.?

    ReplyDelete