Oleh : MUDA MOHD. NOOR
PETALING JAYA: Adun Sekong Datuk Samsuddin Yahya menegaskan
beliau hanya mempunyai seorang isteri.
“Isteri saya hanya seorang.
Beliau bekerja di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Namanya Datin Junaidi Aji.
“Tidak ada yang lain…”
katanya ketika dihubungi ketika diminta mengulas laporan polis yang dibuat AMK
kerana mendakwa gundiknya Pia Binti Dahlan seorang pendatang tanpa izin.
Ketua Pemuda AMK Citra
Masadi membuat laporan polis terhadap Shamsuddin di Tawau semalam.
Beliau mendakwa Samsuddin
ada kaitan dengan sindiket MyKad palsu dan kerakyatan songsang termasuk sebagai
dalang mendapatkan untuk gundiknya, Pia.
Bagaimanapun, Samsuddin
tidak mahu melayan tohmahan yang dilemparkan oleh pemimpin muda PKR itu.
“Macam-macam dia cakap, saya
tidak mahu layan kerana ia buang masa. Saya juga tidak mahu ambil tindakan
terhadap beliau,” kata Adun Sekong itu.
Menurut Shamsudin lagi, AMK
membuat laporan polis setelah beliau menghentam Pemuda PAS dalam Sidang Dewan
Negeri Sabah.
Dalam perkembangan lain, Samsuddin
berkata, BN negeri akan meang di kerusi majoriti Melayu dan Kadazan di Sabah
dalam pilihan raya umum ke 13.
Bagaimanapun, katanya BN
menghadapi kesukaran di kerusi majoriti kaum Cina di kawasan-kawasan bandar
seperti Kota Kinabalu.
Pilihan raya umum ke 13 akan diadakan pada
bila-bila masa kerana tempoh kerajaan yang ada akan berakhir April tahun depan.
(FMT)
No comments:
Post a Comment