Saudara
Pengarang,
SESUNGGUHNYA
kenyataan akhbar ini adalah semata-mata menjelaskan tujuan dan maksud satu
laporan Polis dibuat terhadap mereka yang tidak bertanggung jawab menjalankan
kegiatan memalsukan dokumen untuk mendapatkan kewarganegraan negara ini dan
seterusnya memperolehi MyKad secara songsang kerana perbuatan mereka itu jika
tidak dibendung, boleh mengancam keselamatan dan kedaulatan negara.
Sebagai
rakyat negara ini, haruslah sama sama berganding bahu dengan kerajaan khususnya
Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk bertanggung jawab memastikan tidak ada
rakyat asing dengan sewenang-wenangnya memiliki dokumen negara ini secara
pemalsuan mahupun diperolehi dari 'pintu belakang' yang antara lain bertujuan
mengucar-ngacirkan ketenteraman negara.
Selaku
pemimpin Pemuda dalam SAPP, saya tidak tergamak untuk berpeluk tubuh mahupun
terus berdiam diri apabila mendapat maklumat dengan bukti yang lengkap kerana
isu kerakyatan songsang dan Kad Pengenalan kepada rakyat asing yang dianggarkan
kira kira lebih 600,000 masih belum ada sebarang penyelesaian daripada kerajaan
BN sehingga sekarang; walaupun pemimpin tertinggi BN itu sendiri pernah
berjanji untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Terbaru,
kita dikejutkan satu lagi kegiatan pemilikan dokumen kewarganegaraan dan MyKad
negara ini secara meragukan dimana seorang rakyat Pakistan bernama Ihsanullah
yang dilahirkan di Buner Pakistan datang ke Sabah pada tahun 2010 dan mendapat
pas lawatan sehingga 6 september 2011 di mana selepas itu diluluskan
permohonannya untuk mendapatkan kewarganegaraan yang kemudiannya mendapat MyKad
930105-76-5095 beralamat Kg Masjid
Keningau.
Banyak
persoalan timbul yang meragukan bagaimana rakyat Pakistan ini boleh diluluskan
permohonannya untuk mendapatkan kewarganegaraan dinegara ini secara 'ekspress'
sedangkan mengikut undang undang yang ada sekurang kurangnya pemohon telah
mendiami negara ini tidak kurang daripada 10 tahun.
Sedangkan
kerakyatan Ihsanullah di Pakistan melalui daftar 15011-3358072-1 masih sah,
tetapi bagaimana ia boleh menggunakan peraturan sehingga memiliki dua
kewarganegaraan dalam satu masa yang sama. Justeru, kita minta pihak
berkuasa/berwajib untuk menjalankan penyiasatan kerana kemungkinan besar
perbuatan seperti ini sudah berkembang luas.
Salam
Hormat,
RUDY
S MAIRI
Naib Ketua Pergerakan Pemuda SAPP Pusat
Merangkap Pengerusi Pemuda zon Pedalaman
No comments:
Post a Comment