Oleh
: JAMALUDDIN MUHAMMAD
PHNOM PENH : Pemimpin-pemimpin Asean Ahad meluluskan
Deklarasi Hak Asasi Manusia Asean sebagai komitmen untuk mempertingkat dan
melindungi hak asasi manusia di rantau ini.
Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Tun Razak menandatangai deklarasi itu bagi pihak kerajaan Malaysia di
Peace Palace, di sini semasa Sidang Kemuncak Asean ke 21.
Sembilan pemimpin lain Asean
turut menandatangani deklarasi. Deklarasi itu, antara lain, melindungi hak
rakyat di semua bidang kehidupan meliputi kanak-kanak hingga wanita.
Deklarasi itu adalah antara
keputusan penting sidang itu ketika 10 negara anggota bergerak ke arah
menubuhkan Komuniti Asean menjelang 2015.
Bercakap kepada pemberita
kemudian, setiausaha agung Asean Dr Surin Pitsuwan berkata deklarasi itu adalah
sebagai komitmen para pemimpin Asean dalam usaha menggalak dan melindungi hak
asasi manusia di rantau ini, yang tidak saja berasaskan cara kita tetapi turut
mematuhi standard tertinggi antarabangsa. (Bernama)
No comments:
Post a Comment