TERJEJAS....
Martin Kamandu menunjukkan kawasan tepi sungai yang terjejas teruk akibat
banjir kilat.
Oleh: JACKSON LU
TENOM: Lima buah rumah di Kg
Undusan terjejas teruk akibat dilanda banjir kilat kira kira jam 9.30 malam
Rabu selepas hujan turun dengan lebatnya sejak 5 petang menyebabkan air Sungai
Bakoi melimpah naik dan mengancam rumah rumah penduduk persekitaran di situ.
Air banjir bercampur lumpur
mengalir dengan derasnya memaksa mereka menghubungi pihak Bomba dan Penyelamat
untuk mengalihkan beberapa keluarga penduduk yang tinggal berhampiran sungai
Bakoi yang berdepan dengan masalah tebingan sungai runtuh.
Jika tidak dipindahkan
dengan cepat dikhuatiri mereka akan dihanyutkan oleh air sungai yang deras.
Bagaimana pun tiada kemalangan jiwa berlaku.
Pengerusi Jawatankuasa
Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg Undusan, Martin Kamandu, 57, ketika
ditemui pada Khamis dilokasi kejadian, menyifatkan insiden banjir kilat malam
Rabu itu merupakan yang terkuat sekali pernah berlaku sebelum ini selepas tahun
2009.
“Saya sudah tiga kali
majukan permohonan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di sini meminta
jabatan itu mendalamkan dan meluruskan Sungai Bakoi tetapi rayuan kami tidak
dipedulikan.
“Bagaimana pun, tidak
dinafikan ada juga dibuat oleh JPS sebelum ini, tetapi kerja kerja yang mereka
buat ala kadar sahaja dan bukan sepertimana yang kami cadangkan kepadanya
sebelum ini...(malangnya) bila kami desak dia jawab JPS tiada peruntukkan,”
tegas Martin.
Dalam pada itu, masih dalam
perkembangan banjir kilat, penduduk Kg Mantailang bawah, Kg Mantailang Ulu,
Taman Mantailang dan SMK Tenom terputus bekalan air graviti sejak semalam
(Rabu) kerana empangan air graviti termasuk batang-batang paip dihanyutkan oleh
banjir kilat itu yang terletak di sungai Ulu Bakoi.
Penduduk di situ (Kg Mantailang)
yang dianggarkan kira-kira 500 orang tidak mempunyai sumber bekalan air lain
seperti bekalan air terawat Jabatan Air selain bergantung terus kepada bekalan
air graviti sebelum ini.
MANGSA....Penduduk
Kg Undusan hampir menjadi mangsa banjir kilat kerana air banjir bercampur
lumpur melanda rumah rumah mereka.
Manakala SMK Tenom dan Taman
Mantailang di mana kawasan tersebut tidak mempunyai masalah dari segi bekalan
air bersih kerana kawasan itu mempunyai bekalan dari Jabatan Air Tenom.
Penduduk yang bergantung
harap kepada sumber air graviti terpaksa mencari sumber lain untuk beberapa
hari kerana kerosakan diempangan ulu kemungkinan memakan beberapa hari untuk
dibaikpulih. Pengerusi JKKK Kg Mantailang Gaidim Lajah tidak dapat dihubungi
untuk mendapatkan ulasannya.
No comments:
Post a Comment