Oleh : NIGEL AW
UMNO mengumumkan untuk
mengadakan perhimpunan bersama 1,000 NGO pada 24 November bagi 'mengumpul
maklum balas' berhubung dasar kerajaan.
Ketua Penerangan Umno, Datuk
Ahmad Maslan ketika mengumumkan perkara itu bagaimanapun menafikan bahawa
perhimpunan tersebut berkaitan dengan persediaan BN bagi menghadapi pilihan raya
umum akan datang.
Ahmad yang juga pengerusi
sekretariat acara berkenaan berkata, perhimpunan tersebut bukan anjuran Umno,
BN atau kerajaan dan hanya menggunakan nama "Barisan 1Malaysia".
Ditanya sekiranya program
tersebut merupakan acara yang bukan kepartian, Ahmad berkata ia terpulang
kepada penilaian masyarakat.
Ahmad juga menafikan bahawa
acara tersebut bertujuan untuk meraih sokongan kepada BN menjelang pilihan raya
umum akan datang.
Katanya, perhimpunan
tersebut antara lainnya akan dipenuhi dengan perbincangan dengan jabatan
kerajaan dan agensi berkaitan untuk mendapatkan pandangan mereka.
Sebagai contoh, perbincangan
itu akan menyentuh isu sistem penguatkuasaan automatik (AES), Perbadanan Tabung
Pendidikan Tinggi Nasional.
Hasil perbincangan itu
kemudiannya akan dikumpulkan dan disalurkan kepada agensi terbabit sebagai
maklum balas kepada dasar kerajaan, katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur
petang ini.
Ahmad yang juga timbalan
menteri di jabatan perdana menteri berkata perhimpunan itu akan melibatkan NGO
dari pelbagai kelompok kaum dan latar belakang.
No comments:
Post a Comment