Oleh : MD IZWAN
KUALA LUMPUR : Datuk Raja
Nong Chik Raja Zainal Abidin membayangkan pilihan raya umum (PRU) ke-13 bakal
diadakan selepas Tahun Baru Cina tahun depan memandangkan ketika itu ke semua
perayaan yang disambut rakyat akan berakhir dalam ucapannya di Lembah Pantai.
“Kita sudah menyambut raya
haji, selepas ini kita akan sambut Deepavali dan Krismas. Kemudian tahun depan
masyarakat Cina akan sambut tahun baru.
“Tapi kita jangan lupa
perayaan paling besar untuk rakyat, iaitu memberikan kemenangan kepada Barisan
Nasional (BN) dalam perayaan paling penting iaitu selepas tahun baru Cina,”
kata Menteri Wilayah Persekutuan tersebut.
Nong Chik mendakwa waktu
tersebut adalah paling terbaik buat kerajaan memandangkan ketika itu rakyat
Malaysia yang berbilang kaum berada dalam harmoni dan perpaduan kuat ketika
itu.
“Setiap berakhir perayaan,
perpaduan berbilang kaum di dalam negara ketika itu sangat kuat memandangkan
seluruh rakyat Malaysia menyambut perayaan tersebut.
“Apabila hubungan yang erat
ketika itu saya harapkan ia akan dibawa hingga ke pilihan raya,” tambah Nong
Chik.
Bagaimanapun, Nong Chik
berkata itu hanya satu ramalan tetapi keputusan penuh dan muktamad masih lagi
ditangan perdana menteri (PM), Datuk Seri Mohd Najib Razak.
“Saya hanya meramal, tetapi
waktu itu adalah sesuai. Namun, jentera harus bersiap-sedia dan mula
mengerakkan kerja kempen di setiap tempat,” kata Nong Chik.
Dalam pada itu, Nong Chik
merupakan antara calon yang disebut-sebut akan diletak untuk bertanding kerusi
Parlimen Lembah Pantai pada pilihan raya umum ke-13.
Malahan ketua Umno Lembah
Pantai itu juga telah memaklumkan hasratnya kepada PM dan sedia untuk mengembalikan
semula kerusi yang telah dirampas daripada Umno pada 2008 lalu.
“Saya telah banyak kali
memberitahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini, sekiranya
saya dicalonkan dalam pilihan raya ke-13
kelak, saya mahu bertanding di Lembah Pantai walaupun ia dikatakan sukar untuk
dimenangi, berbanding Putrajaya dan Labuan,” katanya.
Kenyataan ramalan beliau
juga dilihat seiring dengan kenyataan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa
(Perkasa), Datuk Ibrahim Ali pada September lalu yang meramalkan PM akan
mengadakan PRU selepas Tahun Baru Cina.
Ibrahim berkata langkah itu
bertujuan untuk memanfaatkan perayaan tersebut bagi memenangi kembali undi
masyarakat Cina kepada Barisan Nasional (BN).
BN hilang sejumlah besar
undi masyarakat Cina pada PRU 2008 dengan parti Cina dalam gabungan tersebut
seperti MCA dan Gerakan; kalah di hampir kesemua kerusi parlimen dan dewan
undangan negeri (DUN).
Perkasa yang majoriti
ahlinya terdiri dari ahli Umno, dilihat mencetuskan ketegangan apabila bersuara
mengenai hak Melayu dan mendesak kerajaan agar memberikan lebih banyak peluang
perniagaan kepada orang-orang Melayu.
“Saya tetap dengan pandangan
saya, ramalan saya bahawa pilihan raya akan diadakan selepas raya Cina, tahun
2013,” kata beliau.
The Malaysian Insider
melaporkan sebelum ini bahawa BN mensasarkan untuk mengadakan pilihan raya
mengejut pada bulan November, 60 hari selepas Bajet 2013 dibentangkan, sejurus
selepas Najib dalam satu majlis memberikan isyarat dengan mengulangi perkataan
11, yang mana merupakan nombor kegemarannya.
No comments:
Post a Comment