Oleh : MOHD FARHAN DARWIS
KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen
Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin hari ini mempertahankan tindakannya
menggunakan perkataan lucah dalam laman Twitter kepada seorang pengikutnya atas
alasan pengikutnya itu bertindak biadap terhadapnya.
Bung Mokhtar, yang dikenali
dengan imej 'tegas' dan 'lantang' di Dewan Rakyat menegaskan beliau juga akan
bersikap sopan kepada mereka yang bersopan kepadanya, tetapi akan turut biadap
kepada yang biadap terhadapnya.
"Dia (pengikut Twitter)
yang cakap dulu, saya bilang 'f**k yourself' la ... dia Tweet saya dulu, saya
jawab kepada orang yang biadap saya (akan bertindak) bagi dia biadap.
"Saya sudah cakap
kepada orang yang bersopan saya akan lebih sopan, kalau biadap saya akan
berlaku biadap terhadap mereka kerana tidak mahu orang terlalu biadap,"
tegas Bung Mokhtar kepada The Malaysian Insider.
Ahli Parlimen BN itu juga
tidak merasakan tindakannya itu suatu kesalahan walaupun beliau merupakan
seorang ahli Parlimen, dan menegaskan tidak boleh "bertolak ansur"
dengan mereka yang "memakinya" di laman Twitter.
"Saya tak rasa itu
betul atau salah, tetapi saya perlu ajar mereka-mereka yang kurang ajar ...
saya tidak boleh bertolak ansur dengan orang dalam Twitter yang maki saya.
"Saya tak kisah, tak
peduli. Twitter bukan untuk maki hamun, kalau mereka biadap, saya akan lagi
biadap. Saya akan ajar mereka," tegasnya.
Bung Mokhtar hari ini
menggunakan perkataan 'F' di laman Twitternya sebagai jawapan kepada
pengikutnya berhubung kenyataannya menuduh Tan Sri Tony Fernandes sebagai 'penyangak.'
Bung Mokhtar berkata kepada
pengikutnya yang dikenali dengan @geminieyes
"f*** ur self (sic)".
Perkataan itu dikeluarkan
Bung Mokhtar selepas @geminieyes merujuk kepada kenyataan beliau terhadap
pemilik Air Asia, Tony Fernandes, dan berkata kepada Bung:"Sebagai seorang
rakyat Malaysia SHUT. THE. F***. UP."
Kenyataan itu kemudiannya
dikritik pengikut Bung Mokhtar yang menurut mereka tidak layak menjadi ahli
Parlimen.
("Tahniah anda telah
menangani itu seperti samseng jalanan") "Congratulations you've
certainly handled that like a typical street thug," satu Twitter yang
dikeluarkan oleh @tincancat sebagai respon kepada tweet Bung Mokhtar.
No comments:
Post a Comment