Friday, 23 November 2012

REGIME CHANGE: PENGKHIANATAN KEPADA NEGARA





Oleh : LUKMAN ABDULLAH

AHLI PARLIMEN Wangsa Maju (Bebas) Wee Choo Keong menyifatkan mereka yang menerima dana asing sebagai penderhaka dan pengkhianat Negara. Menurutnya, mereka sedang berusaha untuk menghuru-harakan keamanan yang dinikmati rakyat negara ini untuk menumbangkan sebuah kerajaan yang dianggap rejim.

Beliau juga menegaskan bahawa kemasukan dana asing yang tidak diisytiharkan dan tidak dikesan oleh pihak berkuasa berjumlah jutaan ringgit disalurkan kepada syarikat Suara Inisiatif Sdn Bhd yang kemudian mengagihkan secara rahsia kepada SUARAM sebuah badan yang tidak berdaftar dan juga Malaysiakini sebuah portal berita yang mencanang-canangkan bahawa ianya bebas.

Dengan rasa penuh insaf, Wee berkata, “saya tidak mahu menyaksikan dana asing digunakan untuk sesuatu aktiviti atau kempen untuk mencapai agenda-agenda bagi mewujudkan  ketidakstabilan negaraku dengan matlamat 'Regime Change' melalui 'racial tension', dengan izin.”

Berikut adalah ucapan penuh Yang Berhormat Wee Choo Keong semasa sesi perbahasan peringkat jawatankuasa Bajet 2013 bagi Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat pada petang Khamis yang diemailkan pada Agendadaily untuk siaran:



Tek ucapan YB Wee Choo Keong, Ahli Parlimen Wangsa Maju pada 22 November 2012 untuk perbahasan di Peringkat Jawantakuasa Bajet 2013;

Datuk Pengerusi,

Saya bangun untuk membahas Maksud Bekalan 62 Butiran 010000 Pengurusan Dasar Keselamatan Dalam Negeri

020600 Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam

020400 Risikan Keselamatan

010200 Dasar dan Operasi

040200 Kawalan Imigresen

Kerana kesuntukkan masa saya ingin membahas kesemua Butiran tersebut sekaligus.

Datuk Pengerusi,

Izinkan saya memulakan perbahasan saya dengan isu serbuan polis di jalan-jalan raya, kelab2 malam, karaoke dan lain2 untuk mengawal pelacuran di negaraku ini.  Kepada sesiapa yang sering mengikuti laporan akhbar ataupun TV, cerita mengenai bar dan kelab2 karaoke yang terus menjalankan perniagaan walaupun telah beberapa kali diserbu dianggap sebagai bukan lagi bahan berita. Dalam Bahasa Inggerisnya, “It is no longer news”, dengan izin.

Umum juga sering diberitahu oleh agensi-agensi penguatkuasaan bahawa warga asing yang menjadi pelayan tetamu atau GRO ataupun yang ditemui di bar-bar turut disyaki menjadi pelacur.

Di Dewan ini, pada 4 Oktober lalu, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop memberi butiran mengenai jumlah gadis asing yang ditangkap dalam pelbagai operasi oleh polis.

Menurut maklumat yang diberikan, jumlahnya ialah 12,631 pada tahun 2010 dan 11,832 tahun lepas. Mereka juga dikatakan terlibat dalam pelacuran. Angka-angka tersebut adalah amat dikhuatirkan.

Kalau berpandukan kepada kekerapan operasi dan jumlah gadis-gadis yang ditangkap, usaha-usaha dari pihak polis ini boleh kita sifatkan sebagai memberangsangkan. Begitu juga dengan usaha-usaha oleh imigresen.

Tapi satu maklumat yang bagi saya amat penting untuk memberi gambaran menyeluruh mengenai keadaan sebenar untuk kita melihat isu ini dalam perspektif yang betul tidak pernah diberikan kepada umum.

Soalan penting ini juga tidak pernah ditanya oleh sesiapa termasuk YB-YB samada ataupun para wartawan yang mengikuti serbuan-serbuan atau pada sidang-sidang akhbar.

Jadi pada hari ini saya ingin mengemukakan soalannya kepada YB Menteri KDN: “Dalam begitu ramai gadis-gadis asing sejumlah 11,832 orang yang ditangkap pada tahun 2011, berapa ramai pula yang dibawa ke mahkamah, didapati bersalah dan dihantar pulang, atau kena deport?”

Terus-terang saya tidak hairan jika bilangannya terlalu kecil berbanding jumlah yang ditangkap, itu pun jika ada yang dibawa ke mahkamah.

Kalau tidak seberapa, timbul pula persoalan “Kenapa begitu?” walhal kita diberitahu bahawa mereka disyaki terlibat dalam pelacuran. Tidak cukup bukti atau mustahil untuk membuktikan penglibatan ini di mahkamah? Kalau begitu kenapa serbuan terus dijalankan? Bukankah ini merugikan masa dan titik-peluh dan menjadikannya satu usaha sia-sia?

Kegagalan membawa mereka ke mahkamah juga menimbulkan tanda-tanya di kalangan masyarakat, menimbulkan syak-wasangka yang tidak baik untuk imej agensi penguatkuasaan kita iaitu polis.

Dalam serbuan ke kelab karaoke, satu kesalahan yang sering disebut-sebut kepada pihak media ialah gadis-gadis asing ini bertugas sebagai pelayan tetamu walaupun mereka masuk ke negara kita dengan diberikan pas lawatan atau social visit pas.

Ini sebenarnya kesalahan imigresen tapi jarang sekali polis membawa sama imigresen untuk mengesahkan butiran mengenai pasport atau visa, walaupun kuasa dan kepakaran untuk mengesahkan hal-hal mengenai pasport dan visa adalah pada imigresen. Apakah kita semua sudah lupa kejadian yang melibatkan operasi besar-besaran oleh IPD Brickfields beberapa tahun dulu yang melibatkan warga negara India yang kebanyakannya disahkan kemudiannya oleh imigresen sebagai mempunya permit bekerja sah? Cara kita menjalankan operasi ini telah mencetuskan kontroversi hubungan diplomatik begitu serius sehinggakan kerajaan India mengancam untuk mengenakan pelbagai tindakan balas.

Jika jangkaan saya bahawa jumlah gadis-gadis asing ini yang dibawa ke pengadilan dan didapati bersalah amat kecil, maka tidakkah lebih bermanfaat jika agensi-agensi penguatkuasaan menumpu lebih perhatian kepada isu-isu jenayah berkaitan keselamatan umum dan negara?

Lebih manfaat kepada negaraku ini jika usaha-usaha risikan untuk membantu membanteras kegiatan sindiket-sindiket warga Afrika dan Iran misalnya yang terlibat dalam pengedaran dan penjualan dadah dan juga lain-lain jenayah yang mengganggu ketenteraman dan merunsingkan masyarakat daripada menjalankan operasi dari mana kesalahan yang dilakukan oleh gadis asing tidak dapat dibuktikan di mahkamah.

Agensi penguatkuasaan seperti pihak polis, Imigresen, Kastam, Peguam Negara, Bank Negara dan lain-lain kita seharusnya menentukan apa isu yang perlu diutamakan dan meneliti kesan setiap operasi yang dijalankan supaya waktu dan sumber yang ada digunakan dengan lebih wajar.

KESELAMATAN NEGARAKU INI

Bagi saya, keselamatan negaraku ini yang telah dijejaskan oleh kemasukan dana asing ke negaraku ini adalah perkara yang penting sekali “without comparison”, dengan izin.

Datuk Pengerusi,

Izinkan saya merakamkan dalam Dewan Yang Mulia ini  bahawa pada 5hb November 2012 saya telah membentangkan satu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) untuk menanguhkan Dewan membincang perkara tertentu berkepentingan awam dan perlu disegerakan iaitu dana asing telah masuk dalam Negaraku ini tanpa diistiharkan oleh penderma dan/atau penerima, dan tanpa dapat dikesan oleh pihak berkuasa sebagai Bank Negara, Risikan Polis, Risikan Tentera, Kastam dan Pejabat Peguam Negara dan Kementerian yang berkenaan.

Dukacita dimaklumkan bahawa saya percaya Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) penuh dengan kriteria ditolak “by a stroke of a pen”, dengan izin oleh Tuan Yang Yang Di Pertua tanpa memberikan perluang kepada saya untuk membaca tek usul saya seperti yang diamalkan dalam Dewan Yang Mulia sebelum ini.

Tuan Pengerusi,

Jika usul tersebut telibat dana asing masuk ke dalam Negaraku untuk tujuan tertentu dan “to cause unrest and ultimately REGIME CHANGE” adalah tidak mematuhi ketiga-tiga syarat (perkara tertentu, berkepentingan awam dan perlu disegerakan), berani saya cakap dengan terus terang bahawa Parlimen perlu memansuhkan Peraturan Mesyuarat 18 (1) ini kerana tiada lagi perkara-perkara dalam negeraku ini lebih penting daripada dana asing masuk ke Negaraku seperti saya mengusulkan pada 5hb November 2012.   

Usul saya berbunyi seperti berikut:

“YB Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] mohon mencadangkan:



Bahawa mesyuarat ini perlu ditangguhkan bagi membolehkan Dewan Yang Mulia ini membincangkan:

Kemasukan dana asing yang tidak diisytiharkan dan tidak berkesan oleh pihak berkuasa berjumlah jutaan Ringgit yang telah berjalan secara sulit menjangkau tempoh beberapa tahun yang kemudiannya disalurkan  pula kepada antara lain syarikat Suara Inisiatif Sdn Bhd yang kemudian mengagihkan secara rahsia kepada SUARAM sebuah badan yang tidak berdaftar dan juga Malaysiakini sebuah portal berita yang mencanang-canagkan bahawa ianya bebas dan lain-lain entiti. Apa yang dilakukan ialah sesuatu yang memudaratkan usaha-usaha murni untuk membina sebuah Negara berbangsa secara tertib yang didokong oleh suara rakyat majoriti dapat menjejaskan fabrik sosial sebuah Negara majmuk yang muda di mana keharmonian kaum perlu sentiasa diutamakan.”   
Where is the direction of this Parliament? To no where! dengan izin?

Tuan Pengerusi,

Perlu dijelaskan bahawa saya mengalu-alukan apa jua bantuan kewangan dari mana-mana negara termasuk “National Endownment for Democracy (NED)” dari USA dan/atau dermawan-dermawan asing termasuk En George Soros atas nama “Open Society Foundations” dan/atau sesiapa yang berfikiran sama kepada mana-mana pertubuhan dalam negaraku ini selagi ia adalah sebagai usaha-usaha membantu pembinaan negara (nation building) secara teratur, berpandukan undang-undang dan prihatin terhadap kemakmuran rakyat dan kestabilan pentadbiran negaraku.

Tuan Pengerusi,

Rakyat Malaysia yang setia dan cintakan keamanan harus menentang sebarang penyaluran dana asing kepada mana-mana pertubuhan sama ada berdaftar atau tidak, dimaktubkan atau tidak atau mana-mana parti politik berdaftar kecuali sumbangan dana asing itu diisytiharkan oleh penderma dan penerima yang juga menyatakan kepada umum tujuan bantuan atau sumbangan.

Ini adalah bersesuaian dengan prinsip pertanggungjawaban (accountability) dan ketelusan (transparency) yang telah diheboh-hebohkan kepada rakyat Malaysia oleh pihak tertentu, lebih-lebih lagi sejak Pilihanraya Umum Ke12 empat tahun lalu.

Pengisytiharan terbuka mengenai tujuan sumbangan juga akan membantu rakyat membuat penilaian dan kesimpulan sendiri bila si penerima mengambil pendirian yang berkait dengan politik dan pentadbiran negaraku.

Sebagai ahli Dewan yang mulia ini  saya tidak mahu prinsip pertanggungjawaban dan ketelusan hanya  disebut-sebut untuk menyedapkan pendegaran rakyat walhal pertubuhan-pertubuhan yang dibantu oleh pihak asing tersebut menari kepada rentaktabla pilihan mereka.

Sebagai wakil rakyat dan rakyat Malaysia yang setia serta cintakan keamanan saya bertanggungjawab bagi memastikan bahawa dana asing yang disalurkan ke Malaysia hendaklah bermatlamat untuk satu tujuan sahaja iaitu untuk pembinaan negaraku kita berpandukan prinsip demokrasi kehendak majoriti rakyat.

Menjadi harapan yang sah bagi semua rakyat yang berpegang kepada bertanggungjawab bahawa sebarang dana asing yang disalurkan ke mana-mana dalam Negaraku tidak digunakan untuk membiayai aktiviti politik dan/atau mempengaruhi pendapat umum agar agenda sulit para penderma dan golongan munafik.

Fakta yang ada setakat ini mengambarkan bahawa dana asing agak besar jumlahnya ini seperti diseludup masuk  ke dalam Negaraku.  Rakyat dan negaraku tidak akan memaafkan kita jika kita gagal menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan.

Apabila kita mengangkat sumpah sebagai ahli-ahli Dewan yang mulia ini, kita semua bagi pihak kita sendiri dan rakyat Malaysia mengangkat sumpah untuk “menunaikan tugas dan tanggungjawab kita sebaik mungkin dan kita mengaku akan taat setia kepada Negara Malaysia serta memelihara dan mempertahankan perlembagaannya.”

Tan Sri Yang Di Pertua,

“Malaysian MPs are not the exception to take the above oath of office, I believe that all MPs in the world do take such similar oath of office.”  

Sesuai dengan sumpah ini, saya tidak rela menyaksikan Malaysia menjadi alat kepada taikun atau kuasa asing dan juga tidak mahu lihat negaraku ini mengalami nasib yang sama seperti Negara-negara “Arab Spring” yang hari ini didukung oleh beberapa kuasa asing sebagai telah bergerak maju berapa tapak walaupun sebenarnya sarat dengan masalah.

Dari fenomena “Arab Spring” terdapat contoh seperti Mesir, Tunisia, Libya dan Syria dimana dana dari “National Endowment for Democracy” terlibat. Semuanya bermula dengan kempen yang kononya untuk “Demokrasi, Kebebasan, Pertanggungjawaban dan Ketelusan”.

Adakah Malaysia perlukan pengalaman ala “Arab Spring” untuk berubah dan lebih terbuka? Jawapannya “TIDAK” kerana negaraku ini perlukan ialah perubahan tertib dan berevolusi.

Malaysia tidak memerlukan dana asing untuk disalurkan secara rahsia kerana penyaluran seperti ini mengambarkan se-olah-olah adanya wayang kulit yang melibatkan penderma dan penerima seperti Suaram, Malaysiakini dan lain2.

En Amer Hamzah Arshad telah menulis sepucuk surat bertarikh 10-12-2009 di atas letterhead Zain & Co kepada Mr William Bourbon. Kalulah beliau menulis sebagai advisor gunalah letterhead Suaram kenapa Zain & Co. Izinkan saya memetik perenggan 3 di mukasurat kedua Zain & Co ini:

“In Malaysia, SUARAM is registered as SUARA Initiatif under the Companies Act of Malaysia.”

Surat Zain & Co bertarikh 10-12-2009 adalah semata-mata untuk memberi satu locus standi atau legal entiti kepada SUARAM untuk tujuan-tujuan tertentu.

Datuk Yang Di Pertua,

Kenapa saya menyatakan sedemikian. Kerana saya tidak mahu menyaksikan dana asing digunakan untuk sesuatu aktiviti atau kempen untuk mencapai agenda-agenda bagi ketidakstabilan negaraku dengan matlamat “REGIME CHANGE” melalui “racial tension”., dengan izin.

Izinkan saya memetik beberapa perengan didalam satu dokumen rahsia bernama “TC 18-01 Special Forces Unconventional Warfare” dari HQ Department of the Army USA yang bertarikh 30 November, 2010.

Saya memetik perengan pertama dokumen tersebut dimana ia memetik ucapan President John F Kenedy pada tahun 1962:

Top of Chapter 1 under OVERVIEW;

“There is another type of warfare – new in its intensity, ancient in its origin – war by guerillas, subversive, insurgents, assasins: war by ambush instead of by combat, by infiltration instead of aggression, seeking victory by eroding and exhasuting the enemy instead of engaging them. It preys on UNREST.”  President John F Kenedy, 1962  

The key words of the above quotes are: “It preys on unrest.”  Maksudnya “Ia memanfaati dari kekecohan dalam negara.” Inilah kehendak puak-puak derhaka.

Dokumen tersebut adalah satu manual yang melibatkan “psychological warfare” dengan memulakan dengan mengunakan media.

Dokumen rahsia tersebut boleh didapati dari seorang penulis warga USA di KL iatu Mr Nile Bowie: http://nilebowie.blogspot.com/

Dokumen “Special Forces Unconventional Warfare boleh di”download” dari blog Nile Bowie.

Alhamdulillah dan bersyukurlah kita kerana keadaan di Malaysia bukan seperti di Libya, Syria dan negera lain di Timur Barat dan lebih penting “arm struggle” tidak sesuai kerana bukan budaya negaraku ini dan demographik negaraku tidak izinkan “arm struggle”.

Datuk Pengerusi,

Tidak ada mana-mana Negara merdeka dan berdaulat di dunia yang akan membenarkan penderma asing untuk menyalurkan dana secara rahsia sama ada melalui pertubuhan berdaftar atau tidak untuk sebarang aktiviti politik.

Dalam hal ini perlu diingatkan bahawa Russia pada bulan September 2012 bertindak untuk mengusir “USAID” kerana dikatakan terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang boleh mengugat kedaulatan negara itu.

Datuk Pengerusi,

Negaraku ini harus mengambil tindakan untuk berhentikan puak-puak derhaka  memberi perluang kepada pihak ketiga yang dengan jelas “preying for unrest” di negaraku ini untuk mencapai agenda-agenda sempit mereka. 

Datuk Pengerusi,

Saya merayu kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat, menghantar satu mesej yang jelas bahawa “stay clear of our country internal affairs and respect our rights to self determination”, dengan izin. 

Saya menyeru kepada YB Menteri Dalam Negeri, Bank Negara, Polis, Kastam dan lain-lain untuk menjalankan tugas mereka untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pegawai yang gagal dalam tanggung jawab mereka untuk mengawal supaya semua dana asing masuk ke negara adalah untuk tujuan halal sahaja dan juga sesiapa yang melengah-lengahkan untuk mengambil tindakan dalam perkara demi kepetingan negaraku ini.

Marilah Ahli-Ahli YB mengikatkan semua rakyat 1MALAYSIA bahawa Malaysia adalah bukan negara penderma dan penerima tertentu dan Malaysia adalah NEGARAKU
TANAH TUMPAHNYA DARAHKU
RAKYAT HIDUP
BERSATU DAN MAJU

RAHMAT BAHAGIA
TUHAN KURNIAKAN
RAJA KITA
SELAMAT BERTAHTA

RAHMAT BAHAGIA
TUHAN KURNIAKAN
RAJA KITA
SELAMAT BERTAHTA

Datuk Pengerusi,

Terakhir, saya ingin menanya YB Menteri dan Peguam Negara apakah tindakan akan diambil terhadap dana asing yang disalurkan kepada SUARAM, Malaysiakini tanpa diisytiharkan?

Sekian, terima kasih Datuk Pengerusi.

No comments:

Post a Comment