Friday, 23 November 2012

BURUH LADANG MENGAMUK TETAK KERANI





KINABATANGAN: Akibat berlaku selisih faham dengan rakan sekerja, seorang buruh ladang bertindak mengamuk dan menetak seorang kerani di Ladang Unico, Desa 2, di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, DSP Martin Lugu berkata dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, suspek Yusri Kassim, 27, dipercayai mengamuk ekoran selisih faham dengan rakan sekerja ketika sesi taklimat pagi di kawasan ladang berkenaan.

Suspek yang hanya memiliki pasport itu berjaya ditenangkan dan dibawa masuk ke dalam pejabat, bagaimanapun mengamuk kembali dan menetak mangsa, Ledwina Peter, 24, sebanyak tiga kali.

Katanya, selepas itu suspek melarikan diri ke rumah pekerja dan turut mengamuk serta mengugut pekerja lain di kawasan itu.

“Anggota dari Pondok Polis Kawasan (PPK) Tomanggong tiba dan cuba menenangkan dan menangkap suspek. Namun dia enggan menyerah diri, malah menyerang polis dengan parang, hingga polis terpaksa melepaskan dua das tembakan.

“Selepas itu, suspek masih lagi enggan menyerah diri dan terus menyerang polis. Anggota polis kemudian melepaskan satu lagi das tembakan yang kena lutut suspek,” katanya di Kinabatangan.

Martin menambah, suspek kini dirawat di Hospital Kinabatangan sementara mangsa menerima rawatan di Hospital Duchess of Kent, Sandakan.

Kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan. (UB)

No comments:

Post a Comment