Sunday, 18 November 2012

DHPP TEKAD MENANGKAN CALON PAS DI SABAH





KOTA KINABALU: Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bagi negeri Sabah kali ini dilihat lebih menarik apabila Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) di negeri ini telah menyatakan kesediaan menggerakkan jentera mereka membantu PAS.

Mereka yang kini disertai lebih 3,000 ahli di sini, bakal membantu calon PAS yang bertanding di beberapa kawasan, khususnya dalam usaha menarik pengundi bukan Islam untuk menyokong PAS dan Pakatan Rakyat.

Naib Ketua (Kaum Cina) DHPP Pusat, Vincent Lee berkata, pihaknya kini memberi tumpuan di beberapa kawasan yang dikatakan akan ditandingi calon PAS termasuk di Dun Pitas yang terkenal sebagai kawasan paling miskin di Sabah.

Mereka akan turun sebagai pasukan yang akan memberi penjelasan berhubung isu agama yang sering dimainkan BN kepada pengundi bukan Islam khususnya isu hudud yang diperjuangkan PAS.

"Bagi kita, rakyat Sabah tidak ada pilihan lain selain memilih calon PAS dan Pakatan Rakyat jika mahu merubah nasib mereka dan negeri ini

"Ini kalilah, rakyat Sabah perlu membuat perubahan demi masa depan mereka," katanya kepada Harakahdaily.

Di Dun Pitas, 60 peratus penduduknya adalah beragama Islam manakala 40 peratus lagi penduduk Kadazan, Dusun dan Murut beragama Kristian.

Paling menarik, DHPP di Pitas seperti yang dilaporkan Harakahdaily sebelum ini digerakkan oleh seorang pemimpin agama Kristian bertaraf pastor, Otou @ Francis Singoron.

8 comments:

  1. PAS kena bangunkan Kelantan dahulu.

    ReplyDelete
  2. Ladang rakyat dijadikan habuan dan modal oleh pemimpin PAS untuk merasuah ahli ahli dan kroni mereka agar memberi undi sempena pemilihan muktamar PAS. Malah dikhabarkan Timbalan Menteri Besar Kelantan ,Takiyudin dan Hussam turut terlibat didalam rasuah politik ini.

    ReplyDelete
  3. Isu rasuah wang dan imbuhan saham skim ladang rakyat turut didalam pengetahuan Menteri Besar. Tetapi diatas percaturan politik maka ia dihalalkan dan adalah tidak haram sama sekali. Buat pembaca inilah bukti betapa Nik Aziz hanyalah seorang ahli politik yang menjadikan agama sebagai topeng untuk meraih tahta dan kuasa.

    ReplyDelete
  4. Segelintir pemimpin PAS mengetahui dan cuba menutup kerja rasuah dan politik wang. Malah penyokong dan perwakilan turut sama tahu akan politik wang yang berleluasa didalam PAS ditambah dengan pemilihan pada muktamar Jun depan makin dekat tetapi semua ditutup agar orang luar tidak tahu betapa kotornya PAS.

    ReplyDelete
  5. Siapa kata Pakatan suci dalam debu dalam hal-hal politik wang atau rasuah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pembangkang pun tidak lari dari politik wang dan rasuah. jadi, jangan pandai mengkritik kerajaan ja.

      Delete
  6. sana sini Komplot Pembangkang mainkan politik wang lama Isa Samad. Sindiri juga main politik wang. Mestilah. Bos dia Raja Politik Wang adalah Anwar Ibrahim. Sogok orang dua tahun untuk jatuhkan Ghaffar Baba.

    ReplyDelete
  7. PAS hanya sesuai di SM. lebih baik fokus pada negeri2 SM terutama Kelantan.

    ReplyDelete