TAMBAH......Mampukah Anwar menambah koleksi 'barangan antik' nya pada 24 November 2012 setelah begitu lama berlaku tawar menawar?
Saudara Pengarang
SEJAK kebelakangan ini,
kedai mamak dan warung-warung kopi telah menjadi tumpuan ramai ahli-ahli
politik untuk menjual air liur dan memancing pengaruh. Antara berita paling
hangat yang dijaja ialah bakal kemunculan dua lagi Ahli Parlimen BN di Majlis Ceramah
Perdana Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 November ini di Tawau,
Sabah.
Menurut beberapa sumber yang
boleh dipercayai dan kini dijaja dari bibir ke bibir, sms ke sms, facebook ke
facebook, twittter ke twitter dan segala media elektronik dan ICT, telah hangat
diperkatakan bahawa '2 MP' yang sebelum ini disebut-sebut Anwar akan muncul
pada 24 November ini
Antara dua nama yang dijaja
termasuklah Rakan Karib Anwar ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dan
Timbalan Presiden UMNO; iaitu 'Brother Ghapur', nama jolokan kepada Ahli
Parlimen Kalabakan ketika Anwar di kemuncak kegemilangan.
Seorang lagi Ahli Parlimen
yang dijangka berani menunjuk muka ialah yang pernah digossipkan dengan artis.
Menurut sumber, kedua-dua Ahli
Parlimen daripada UMNO itu masih samar-samar
menyertai parti Pakatan Rakyat dan mungkin mengikut jejak Bumburing dan
Lajim yang bersetinggan di luar BN; tetapi bibit perpecahan dengan pucuk
pimpinan UMNO Sabah sudah ketara kerana sejak akhir-akhir ini tidak sehaluan.
Sejak kebelakangan ini,
Sabahkini.net Wilayah Sandakan banyak menerima dan mengumpul maklumat mengenai
tingkah laku beberapa orang Ahli-Ahli Parlimen dari UMNO yang akan keluar
daripada kengkangan UMNO/BN secara bergilir-gilir pada masa terdekat ini.
Menurut satu sumber, semakin
ramai Ahli-Ahli Parlimen di Sabah akan meninggalkan BN jika senarai calon telah
diumumkan Perdana Menteri; kerana sudah pastinya 10 daripada 25 Ahli Parlimen
akan digugurkan pada PRU-13.
Walaupun tidak banyak isu
yang boleh menjadi senjata pembangkang pada PRU 13, namun 'pemuja politik'
masih mengharapkan untuk mengitar semula isu 20 Perkara, Perjanjian Malaysia,
Royalti Minyak, PTPTN; namun yang agak menyengat ialah tanah adat (NCR) dan
PATI.
Seolah-olah tidak nampak isu
pembangunan dicanangkan kerana tradisi 'Gambar Agong' akan menjadi katalis
kepada pemangkin undi di Sabah. Kata-kata kapitalis bahawa "Wang Adalah
Tuhan Manusia. Tiada kata-kata yang berjaya menakluki manusia selain wang!";
mungkin akan menyebabkan Pakatan Rakyat berputih mata sekali lagi untuk
mendapatkan sekurang-kurangnya 10 Kerusi Parlimen untuk memudahkan mereka
mencapai Visi Tawan Putrajaya!
Salam Hormat,
SAIMON S JUMADI
No comments:
Post a Comment