WAWANCARA…..N.D.Lala
sedang ditemubual Sabahkini.Net pahit maungnya dalam perniagaannya, termasuk
tertipu oleh rakan sendiri.
Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : ZAMAN ABM FAJEER
SETELAH berhempas pulas memerah
keringat dan air mata sebagai penyanyi dan pengacara radio & TV, akhirnya N.D.Lala
dapat mengumpul dana sejumlah RM400,000 untuk memulakan perniagaan, namun wang
tersebut lesap sekelip mata setelah ditipu kawan sendiri gara-gara ingin untung
lebih dalam pelaburan saham yang tidak menjamin apa-apa selain angan-angan.
"Selain kehilangan
RM400,000 saya juga ditimpa bala hutang bank sejumlah RM1.4 juta sehingga nama
saya disenarai hitam (Black List); rumah kena lelong sehingga sekeluarga telah mengharungi kehidupan yang amat
perit dan merana," kata N.D.Lala yang reda dengan takdir Illahi ketika
menceritakan pahit maung kehidupannya.
Betul kata orang, luah
N.D.Lala, semasa senang, banyak harta dan wang ringgit, ramai kawan di keliling
pinggang yang turut sama gelak ketawa, tetapi ketika kita menangis; kita akan
menangis sendiri setelah kawan menyisihkan diri kerana bak kata pepatah, hina
besi kerana karat, hina manusia kerana melarat.
"Penderitaan yang saya
alami lebih kurang 3 tahun ini merupakan detik pengajaran paling bermakna dan
membuat saya insaf; namun saya rela dan tidak pernah mengeluh atau berputus asa
untuk meneruskan kehidupan yang lebih baik di masa mendatang kerana rezeki ada
di mana-mana, lagipun bumi Allah terbentang luas untuk umatnya mencari rezeki," kata
N.D.Lala, seorang penghibur yang paling top di era tahun 1980-an dan kini sudah
berusia 51 tahun.
HADIR…Isteri
Adun Sekong, Datin Junaidah (depan tiga dari kiri) dan Timbalan OCPD Fadzil Mohd Ali turut hadir di majlis
tersebut.
N.D Lala atau nama
sebenarnya Amir Hamzah yang menceritakan mengenai pengalaman pahit yang
dialaminya kepada Sabahkini.Net sejurus selepas memberikan ceramahnya bertajuk 'Kongsi
Rahsia Kejayaan' anjuran The Right Entrepreneur Sd Bhd yang diadakan di Dewan
SM Yu Yuan, Sandakan malam tadi.
Kata N.D Lala, untuk
meneruskan kehidupan yang lebih baik memang banyak rintangan dan dugaan yang perlu
dilalui, namun cabaran itu adalah jambatan menuju destinasi kehidupan di
samping menyuntik semangat kita untuk terus berusaha dengan lebih gigih.
"Saya berkecimpung
semula dalam dunia perniagaan dengan bermodalkan RM2,000 sahaja tiga tahun lalu,
membuka The Right Entrepreneur Sdn Bhd dengan menggunakan daya pemikiran saya sendiri
bagaimana mahu bangkit dari kecundang untuk maju ke depan,” ujarnya.
Dengan ilmu, kebolehan serta
pengetahuan yang ada pada dirinya, N.D.Lala menganjurkan kursus-kursus seperti
1st, 2nd, 3rd Income; Exponential Income; 4 Quadrant; Leverage, Winning and
Mentality, Team and Formula; How To Create Your Own Formula; Prosumer, Referral
and Income Platform,“ tambahnya.
Tidak mustahil jika ilmunya
telah diwarisi anaknya, Nur Shahila Amir Amzah @ Shila Amzah yang telah
memenangi Pertandingan Asian Wave 2012 di Shanghai, China; sekaligus menewaskan
lima finalis dari China, Korea Selatan, Singapura dan Thailand.
Kaedah-kaedah yang disebarkannya
kepada masyarakat melalui ceramah-ceramah, kata N.D.Lala telah menambah baik
kehidupan mereka sekeluarga dan dalam masa yang sama merubah nasib peserta
ceramah.
"Kalau kita mempunyai
apa sahaja ilmu pengetahuan, jangan kedekut. Wariskan kepada masyarakat supaya
mereka manfaatkan dengan sebaik-baiknya kerana ini boleh membantu menjana
ekonomi mereka, tertakluk tahap kesabaran; pastinya mereka akan mendapat
kuntungan seperti yang saya alami dengan hanya berbekalkan ilmu seperti yang
saya huraikan dalam program 'Kongsi Rahsia Kejayaan,” kata N.D.Lala yang
gembira dengan sambutan yang diberikan.
Seminar 'Kongsi Rahsia
Kejayaan' yang dikelolakan N.D Lala bermula pada jam 7.00 malam berakhir empat
jam kemudian telah dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi PUSPANITA Sandakan, Datin
Junaidah Aji dan dihadiri lebih 200 orang masyarakat setempat.
Sebagai penghormatan kepada
N.D.Lala, kita saksikan persembahan videoklip anaknya, Shila Amzah di Shanghai.
TONTON VIDEO KLIP.
No comments:
Post a Comment