Monday, 5 November 2012

INILAH KERJA SYAITAN MAHU BUNUH ORANG SABAH





Saudara Pengarang,

APAKAH para menteri di persekutuan sengaja mahu membunuh rakyat Sabah atau sengaja mahu rakyat Sabah cacat? Apakah memang sengaja para menteri di Malaya mahu kita susah derita kerana hidup malam dalam rumah berpagar besi pun tidak selamat; khuatir akan pencuri, pembunuh, rompak, perogol, pecah rumah dan segala macam.

Ramai kata Sabah aman damai. Apakah yang tertera dalam gambar di atas itu aman? Bagaimana kalau anak bini orang UMNO kena bunuh pancung, rogol, rompak dan segala macam?

Lihat dalam gambar sebelah kanan/itu saya sendiri melawat mantan pekerja saya mahu kena tetak kepala dia tangkis putus tangan dan tidak cukup, dia mahu tetak kaki lalu tertetak kaki sepupu PTI dan putus.

Yang sebelah kanan pula Jason, Pemuda SAPP kena tetak oleh PTI di Keningau kelmarin dan teruk dihantar ke rumah sakit dan inikah yang dikatakan Sabah aman damai?

Manakah tanggungjawab pasukan keselamatan? Mana Musa Aman selaku Ketua Keselamatan dan mana sudah Menteri Keselamatan Dalam Negeri?

Cakap mereka semuanya auta. Kalau terkena anak bini para menteri, baru mereka sibuk dan apakah inilah usaha kerajaan yang diamanahkan sengaja mahu membunuh rakyat dan menyusahkan rakyat?

Demi kemenangan, sanggup pula membiarkan PTI datang berbondong dan kasi IC untuk mengundi menangkan Barisan Nasional. Kerja 'Gila babi' depan mata masih dikata konon Sabah selamat. Betul-betul kerja Syaitan!

Salam Hormat,

ISMAILY BUNGSU

No comments:

Post a Comment