Monday, 5 November 2012

UTUSAN MALAYSIA PERANGKAP NAZRI AZIZ?





Oleh : @TIEWNAMA

SETELAH Nazri Aziz menerima pelbagai tekanan mengenai Skandal RM 40 juta umno SABAH yang dikaitkan dengan namanya dan anaknya Nedim Nazri, kini Utusan Malaysia pula cuba untuk menjadikan Nazri sebagai kambing hitam terbaru bagi UMNO untuk membersihkan Barisan Nasional dari sebarang salah tanggapan rakyat kepada kerajaan yang memerintah ini.

Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwanddin Hamzah berpendapat, dakwaan yang dibuat oleh Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli mengenai hubung kait antara Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Nazri Abdul Aziz dengan ahli perniagaan balak, Michael Chia mampu menjadi isu kepada kerajaan.

BERIKUT adalah kenyataannya dalam Utusan Malaysia:
1. Mohamed Nazri Aziz mungkin akan menjadi 'political liability' kepada Barisan Nasional BN jika benar desas-desus mengatakan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim ada banyak simpan rahsia hitam membabitkan seorang ahli keluarga beliau.

Anwar pasti akan ambil kesempatan ini untuk peras ugut sesiapa saja jika beliau berpeluang. Kita semua tahu bekas ahli PKR memang tahu sangat dengan cara 'political blackmail' jika serasi dengan falsafah politik Anwar. Tindakan Rafizi baru-baru ini mungkin ibarat 'the first show' sahaja.

2. Anwar sekarang di dalam keadaan politik yang amat terdesak dan beliau tidak teragak-agak untuk melakukan apa sahaja untuk dapat selamatkan Suaram. Suaram merupakan 'weapon of last resort' kepada Anwar untuk menyerang pemimpin dan agensi kerajaan BN menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.

3. Anwar juga sedar bahawa Suaram sekarang berada dalam situasi yang amat tenat dan Anwar perlukan orang dalam BN untuk memberi ruang bagi Suaram bernafas pada saat genting. Komplot Scorpene mula dirancang oleh Anwar pada September 2004 di Munich dan peranan utama diberi kepada operator Suaram yang hanya sebuah syarikat sdn bhd. tetapi berlagak seperti pertubuhan bukan kerajaan NGO yang kononnya mewakili rakyat Malaysia.

4. Ramai yang membuat tafsiran bahawa tindak-tanduk Mohamed Nazri kebelakangan ini seolah-olah memberi talian hayat kepada Suaram. Mungkin perkara ini berlaku secara 'coincidence' atau mungkin tidak.

5. Walaupun ramai antara kita yang menghormati keadaan Mohamed Nazri tetapi kita semua lebih mementingkan keselamatan dan kedaulatan Parlimen serta negara ini. Menteri yang menjaga kes-kes rasuah perlu memiliki imej bersih dan disegani. Menteri tersebut perlu menerima hakikat sebenar keadaan dan dilema politik beliau ketika ini.

No comments:

Post a Comment