Oleh : ZULAIKHA ZULKIFLI
PENGARAH Strategi PKR, Mohd
Rafizi Ramli kelmarin membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) berhubung isu wang RM40 juta yang didakwa melibatkan Ketua Menteri Sabah
Datuk Seri Musa Aman dan juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri
Nazri Aziz.
Rafizi berkata, laporan SPRM
dibuat terhadap Musa dan Nazri kerana didakwa disebabkan hubungkait yang ada
antara mereka tentang isu wang RM40 juta yang dibawa oleh ahli perniagaan,
Michael Chia.
"Jadi satu laporan SPRM
dibuat dan saya minta SPRM buka satu fail untuk siasat kes RM40 juta terhadap
Musa Aman dan Michael Chia, dan juga Nazri dan anaknya.
"Nazri tak menafikan
dan mengatakan anaknya tak ada kaitan dengan dia. Berdasarkan Akta SPRM, ada
asas untuk mereka mulakan siasatan," katanya dalam sidang media sebelum
masuk ke bangunan SPRM di Putrajaya kelmarin. (MKINI)
No comments:
Post a Comment