Sunday, 4 November 2012

JANGAN CEMAR NAMA BAIK PDRM





HAMZA (kiri) menerima cenderakenangan daripada Joseph di majlis berkenaan.

Oleh : RUZAINI ZULKIFLI

KOTA KINABALU: Polis bantuan di negeri ini diingatkan agar tidak melakukan perkara-perkara yang mampu mencemar nama baik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata perkara itu adalah termasuk kelakuan seperti menyalahgunakan kuasa di kalangan pegawai atau anggota polis namun menjelaskan kes berkenaan adalah terpencil dan tidak serius.

Menurut beliau, lantikan pegawai atau anggota polis bantuan adalah berdasarkan daripada Akta Polis 1967 serta menyertai latihan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL).

“Definisi tugas polis bantuan adalah tertumpu kepada kawasan-kawasan premis yang ditetapkan dengan lengkap beruniform serta tidak mempunyai sebarang kuasa sekiranya di luar kawasan bertugas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersempena mesyuarat agensi polis bantuan kontinjen Sabah di Novotel Hotel, 1Borneo baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Hamza berkata seramai 2,034 telah dilantik untuk bertugas di 24 agensi polis bantuan di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Melalui kewujudan polis bantuan ia akan membantu pasukan polis kontijen bagi mencapai sasaran yang ditetapkan bagi menurunkan kadar jenayah di negeri ini, ” katanya.

Hadir sama Pengurus Besar Petronas Sabah dan Labuan, Joseph Podtung, Ketua Jabatan Pengurusan PDRM Sabah, Senior Asisten Komisioner Noor Azam Jamaluddin dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sabah, Senior Asisten Omar Mammah. (UB)

No comments:

Post a Comment