BANTU...
Nasir (kanan) diringi Jalani Mahmud (dua kiri) dan Hj.Tusof Jalal (tiga kanan)
turut membantu mengecap dinding masjid sempena program Jiwa Murni TAWAUfm.
Oleh : ARSHAD HUSSIN
SEMPORNA: Menteri di Jabatan
Ketua Menteri, Dato Sri Haji Nasir Tun (Dr.) Sakaran, mengingatkan kaum nelayan
sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang dengan tidak menggunakan bahan
letupan menangkap ikan demi keselamatan serta menjaga kecantikan batu-batu
karang di dasar laut perairan kepulauan Negara.
Katanya, penggunaan bahan
letupan dan bahan beracun boleh merosakkan semua hidupan di dasar laut termasuk
memusnahkan batu-batu karang dan habitat dasar laut.
Nasir menjelaskan, dasar
laut perairan di daerah itu yang sudah dikenali seantero dunia sebagai syurga
dasar laut bagi para penyelam hendaklah di pelihara dan dipulihara sebagai daya
tarikan pelancong.
Beliau berkata demikian
sempena Program Jiwa Murni TAWAUfm Bersama Anggota Keselamatan Negara di pulau
Mabul.
Hadirsama sempena majlis
itu, Komander Markas Angkatan Tugas Bersama (ATB 2), Laksemana Pertama Dato
Pahlawan Sulaiman Mohammad; Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4,ACP Abd
Manap Othman; Timbalan Pengarah Program Radio RTM, Hajah Siti Mohani Saad; Pengarah
Jabatan Penyiaran Kawasan Sabah, Ahmad Jalani Mahmud; Pegawai Tadbir Batalion 2
Rejimen 516 Askar Wataniah, Leftenan Muda Mohd Faizan Zulkifli; Pemimpin UPKR
Dun Senallang, Haji Tahir Amir;Ketua Daerah DUN Senallang, OKK Haji Musa
Sabaani dan Pengerusi JKKK/KK Pulau Mabul, Haji Yussof Jalal.
Nasir berkata, selain itu
penduduk juga disaran terus menghargai jasa dan bakti anggota keselamatan yang
telah berusaha mengorbankan jiwa dan raga memastikan keselamatan perairan
Negara dalam keadaan selamat.
Katanya, dengan keadaan
keselamatan itu telah memberikan keyakinan kepada pelabur-pelabur dan juga
pelancong-pelancong asing melawat negeri dan khusunya daerah ini.
Selain itu katanya,kaum
nelayan juga merasa selesa dan selamat mencari nafkah di tengah laut tanpa
merasa risau dengan gangguan ancaman lanun.
Beliau juga menyarankan
penduduk pulau itu terus mengukuhkan semangat perpaduan kaum serta mengamalkan
adapt dan budaya masing-masing di samping mengutamakan perintah agama.
CENDERAHATI...
Nasir (tiga kanan) diperhatikan Dato Pahlawan Sulaiman (tiga kiri); ACP Abd
Manap (dua kanan) dan Jalani Mahmud (kanan) menerima cenderahati disampaikan
Hajah Siti Mohani Saad (kiri) sempena program Jiwa Murni TAWAUfm Bersama
Anggota Keselamatan Negara di Pulau Mabul,Semporna.
Katanya, pulau itu kini yang
menempatkan beberapa buah pusat peranginan dan banyak menerima pelancong luar
Negara dan penduduk hendaklah menunjukkan sikap mesra, mengamalkan budibahasa
yang baik apabila berkomunikasi dengan pelancong asing.
Nasir yang juga Ahli Dewan
Undangan Negeri Kawasan Senallang,menegaskan kerajaan sentiasa meneruskan misi
Tradisi Membela Rakyat dengan konsep 1Malaysia dan Janji Ditepai serta sentiasa
turun padang mendengar nadi dan keluhan rakyat di akar umbi.
Katanya,meskipun masih ada
kekurangan dari segi pembangunan di beberapa kawasan kampung luar bandar namun
kerajaan Barisan Nasional (BN) akan terus melaksanakan tugas dan tanggungjawab
terhadap semua rakyat melakukan penambahbaikan kemajuan pembangunan yang
dihadapi rakyat.
Nasir yang juga Menteri
Bertanggungjawab mengenai hal ehwal agama Islam di negeri Sabah,menasihatkan
golongan ibubapa sentiasa memberikan didikan agama dan akademik kepada
anak-anak mereka serta bekerjasama dengan Persatuan Ibubapa & Guru (PIBg).
Katanya, tiada harta yang
paling berharga selain ilmu pendidikan dunia dan akhirat sebagai bekalan hidup
kepada anak-anak serta generasi yang bakal menerajui kepimpinan Negara masa
depan.
Sempena majlis itu juga Dato
Sri Nasir menyampaikan bantuan Tangki Air 1Malaysia kepada penduduk yang layak
dan menunaikan solat jumaat bersama masyarakat Islam pulau Mabul.
No comments:
Post a Comment