Sunday 18 November 2012

JANJI DITEPATI, PPR LUPAK MELUAS IKUT JADUAL




      
PERBINCANGAN.....Pihak Kontraktor menjelaskan sesuatu kepada Datin Linda (tengah) semasa lawatan beliau ke tapak PPR di Kampung Lupak Meluas.

Oleh: SHAIMON S JUMADI

PENGURUS Para Cemerlang Sdn Bhd kontraktor bagi Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kampung Lupak Meluas Batu Sapi Sandakan  menjelaskan walaupun kini musim tengkujuh  pihaknya juga akan  bagi menjalankan kerja-kerja pembinaan bermula di penghujung tahun ini.

Jurucakap kontraktor tersebut yang dilantik untuk mengendalikan projek tersebut  untuk menyiapkan 180 unit rumah pangsa 5 tingkat (FASA 1) PPR yang terletak di kawasan Parlimen Batu Sapi menyangkal dakwaan daripada beberapa pihak yang menyatakan  projek berkenaan hanya pada Papan Tanda sahaja berdiri teguh dan janji-janji Barisan Nasional (BN).

Pihak kontraktor menafikan paparan yang menyatakan bahawa hanya papantanda janji BN yang berdiri teguh berhampiran tapak cadangan perumahan PPR Batu Sapi dan bakal menjadi kenyataan rakyat di kawasan Batu Sapi akan mendapat kemudahan asas yang dijanjikan pada Pilihanraya Kecil Batu Sapi 2010.

Mereka menjelaskan kerja-kerja pembinaan sedang giat dijalankan dan apa yang dipaparkan sebelum ini adalah tidak berasas. Pihak kontraktor menyarankan supaya pihak ketiga turun padang dan menyiasat kemajuan di tapak pembinaan sebelum mereka membuat apa-apa kenyataan terhadap projek ini.

Pihak kontraktor juga menjelaskan bahawa pada permulaan projek, mereka terpaksa mengambil masa untuk menyelesaikan masalah-masalah teknikal yang berkaitan dengan asas bangunan.

Namun demikian, dengan kerjasama pihak-pihak yang terlibat, masalah-masalah teknikal tersebut telah diselesaikan dan kerja-kerja pembinaan dapat dijalankan mengikut jadual yang dirancang.


Pihak kontraktor amat berterima kasih kepada Ahli Parlimen Batu Sapi, Datin Linda Tsen Thau Lin kerana sudi melawat tapak pembinaan dan mengambil berat terhadap kemajuan perumahan PPR demi kebajikan penduduk-penduduk Kampung Lupak Meluas.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Perhubungan Pejabat Ahli Parlimen Batu Sapi Kong Nyuk Thou.

13 comments:

  1. moga projek ini dpat dsiapkan mengikut jadual.

    ReplyDelete
  2. the government to ensure the government housing loan for civil servants will not be taken away, following plans to switch the facility to commercial banking institutions.

    ReplyDelete
  3. Sabah Housing and Real Estate Developers Association hopes next year will see a bigger Property Exhibition with continuous support from all quarters in the industry.

    ReplyDelete
  4. Commercial housing developers have set three conditions for a win-win situation to comply with the 30 per cent requirement to build affordable homes costing RM250,000 and below in every new development project beginning next year.

    ReplyDelete
  5. Syarikat Perumahan Negara Berhad in Sabah assures that houses in Taman Apas Permai, Tawau would be fully completed by the end of the year.

    ReplyDelete
  6. SPNB will hold a meeting at the project site and if everything goes well

    ReplyDelete
  7. Kerajaan berharap PPR dapat membantu rakyat dalam penyediaan kemudahan asas awam untuk golongan berpendapatan rendah di samping memastikan matlamat kerajaan negeri mencapai matlamat setinggan sifar menjelang tahun 2020.

    ReplyDelete
  8. Semua penghuni rumah PPR di seluruh Sabah harus menjaga keselamatan, kebersihan dan keindahan serta kemudahan asas yang disediakan di kawasan PPR.

    ReplyDelete
  9. Para penghuni rumah PPR diharap tidak menyewakan rumah mereka kerana ia menyalahi peraturan dan mereka yang berbuat demikian boleh diambil tindakan termasuk diminta mengosong premis.

    ReplyDelete
  10. Lebih banyak Program Perumahan Rakyat (PPR) akan dibina di negeri ini untuk memastikan golongan sasar terutama yang berpendapatan rendah mendapat perhatian dan bantuan sewajarnya.-Musa

    ReplyDelete
  11. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman, berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa komited dengan segala perancangan apatah lagi ia melibatkan keperluan rakyat yang ingin memiliki rumah mampu milik demi menikmati kehidupan lebih selesa.

    ReplyDelete
  12. Melalui projek PPR yang diperkenalkan ia telah memberikan banyak manfaat terutama masyarakat susah atau mangsa-mangsa kebakaran yang memerlukan pembelaan segera.

    ReplyDelete
  13. Pihak kerajaan akan mengutamakan mereka yang benar-benar layak untuk dibantu kerana menjadi dasar dan perjuangan BN sentiasa membantu rakyat sejajar dengan Gagasan 1Malaysia ‘Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan’.

    ReplyDelete