BERUCAP.....Sylvester
berucap di majlis pembangkang dihadiri Lajim, John dan Herman.
Oleh : KREW SABAHKINI.NET
SEORANG ahli Majlis Daerah
Kuala Penyu membuat penampilan mengejutkan apabila didapati bersama
pemimpin-pemimpin PKR dan PPS di satu perjumpaan dengan penduduk Kampung Kiaru,
Kuala Penyu beberapa hari yang lalu.
Sylvester Tarin, mantan Ahli
Jawatankuasa Umno Bahagian Beaufort turut berucap dalam perjumpaan dengan
penduduk terlibat secara berkelompok yang dihadiri Presiden PPS, Datuk Seri
Panglima Lajim Ukin, pemimpin PKR Kuala Penyu, Datuk John OT Ghani dan mantan
Ketua Bahagian Upko Kota Kinabalu, Harman Tionsoh.
Keberanian kaunselor itu
berucap dalam majlis pembangkang mengejutkan penyokong Barisan Nasional yang
tidak menyangka kehadiran individu di dalam kerajaan di majlis seperti itu.
Beberapa pemimpin BN dari
Umno bahagian yang diberitahu dengan perbuatan Ahli Majlis Daerah itu meminta
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Hajiji Haji Noor mengambil
tindakan tegas kepada kaunselor berkenaan.
Kata mereka, pihak kerajaan
patut mengenakan tindakan dengan menarik balik perlantikan sebagai ahli majlis.
"Beliau terang-terangan
tidak hormat kepada kerajaan dan menteri patut bertindak dengan tegas,"
ujar mereka.
Sylvester mendapat
perlantikan sebagai ahli majlis disebabkan penglibatan dalam parti Umno.
Tetapi nampaknya pengikut
Datuk John Ghani itu tidak memperdulikan peluang yang diberikan kerajaan dan
sanggup menikam dari belakang.
"Orang seperti ini
patut dikenakan tindakan sebelum dia memalitkan arang ke muka pemimpin
BN," kata seorang penyokong BN Beaufort.
No comments:
Post a Comment