BUKTI....Pengarah
Strategi PKR yang mengetuai delegasi tersebut menyerahkan bukti baru itu jam 9
pagi kelmarin, di Hong Kong.
Oleh : MUDA MOHD. NOOR
PETALING JAYA: PKR telah menyerahkan bukti baru kepada
Suruhanjaya Bebas Mencegah Rasuah (ICAC) mengenai wang RM40 juta yang didakwa
membabitkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.
Pengarah Strategi PKR,
Rafizi Ramli yang mengetuai delegasi tersebut menyerahkan bukti baru itu jam 9
pagi di Hong Kong, kelmarin.
Sebelum itu, delegasi PKR
tersebut telah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan James To,
pemimpin Parti Demokrat di dalam Majlis Perundangan Hong Kong semalam.
James adalah Naib Pengerusi,
Panel Keselamatan Majlis Perundangan Hong Kong yang bertanggungjawab memantau
kebebasan dan keberkesanan badan penguatkuasa undang-undang di Hong Kong,
termasuklah ICAC.
Beliau telah
mengaturkan perjumpaan segera diadakan
dengan pegawai-pegawai ICAC untuk menerima bukti baru dari Malaysia itu.
“James juga telah menyatakan sokongan untuk membawa
kes ini dan telah hadir bersama-sama dengan delegasi PKR untuk menyerahkan
bukti baru kepada ICAC pagi tadi,” kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini.
Kevin Zevros iaitu Ketua
Pendakwa Hong Kong berkata, beliau bersedia untuk membuka semula siasatan
sekiranya mendapat bukti baru.
Menurut Rafizi, delegasi PKR
telah menyerahkan satu laporan (dan dokumen sokongan) mengenai tiga perkembangan baru yang boleh membantu
siasatan.
Bukan derma kepada Umno
1. Kenyataan bekas Ketua
Umno Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin bahawa beliau tidak tahu menahu bagaimana
Umno telah mendapat sumbangan derma RM40 juta, seperti alasan yang digunakan
oleh pihak berkuasa Malaysia untuk menghentikan siasatan ICAC;
2. Kenyataan ahli Parlimen
Datuk Seri Wilfred Bumburing bahawa beliau tahu wang RM40 juta itu dimasukkan
ke dalam akaun peribadi seseorang (bukannya akaun Umno) yang menguatkan lagi
pandangan ramai bahawa wang itu bukanlah derma kepada Umno;
3. Pendedahan bahawa anak
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz telah mendapat habuan
dalam bentuk sebuah kereta mewah menimbulkan keraguan bahawa beliau mempunyai
kepentingan di dalam kes ini yang boleh mempengaruhi kesahihan maklumat yang
diberikan oleh pihak berkuasa Malaysia kepada ICAC;
Kata Rafizi, delegasi PKR
percaya bahawa ketiga-tiga bukti baru ini mengesahkan dakwaan pihak berkuasa
Malaysia bahawa wang RM40 juta itu merupakan derma kepada Umno adalah tidak
benar.
“Oleh kerana ICAC terpaksa
menutup penyiasatan sebelum ini kerana pihak berkuasa Malaysia memberikan
gambaran yang tidak tepat, bukti-bukti baru ini diharapkan dapat membuka semula
kes RM40 juta membabitkan Musa,” katanya lagi.
Selain perbincangan mengenai ketiga-tiga
perkembangan tersebut, delegasi PKR telah bersetuju untuk menyerahkan lebih
banyak bukti termasuklah bukti transaksi di Hong Kong kepada ICAC dalam tempoh
tiga minggu akan datang.
Rafizi percaya dengan sokongan yang ditunjukkan
pimpinan dan media di Hong Kong, isu ini tidak akan mati seperti sebelumnya.
Misi delegasi ini telah pun
mendapat liputan di dalam media tempatan dan satu sesi penerangan khas kepada
pihak media akan diadakan pada jam 3 petang ini.
“Dengan
perkembangan-perkembangan ini, saya berharap siasatan kes ini akan membuahkan
hasil.
“Sewajarnyalah pihak
berkuasa di Malaysia pun menunjukkan minat dan komitmen yang sama untuk
menyiasat kes ini dengan sempurna,” tambah beliau. (FMT)
No comments:
Post a Comment