SEKUMPULAN 255 rakyat
Malaysia dengan bantuan NGO Switzerland, Bruno Manser Fund (BMF) memohon diberi
status plaintif dalam kes jenayah yang dikaitkan dengan Ketua Menteri Sabah,
Datuk Seri Musa Aman.
Menurut BMF, kes itu
membabitkan dakwaan penyucian wang haram oleh bank UBS Switzerland melibatkan
kira-kira US$90 juta (kira-kira RM275 juta) bagi pihak Musa dan Michael Chia
yang didakwa sebagai penamanya.
"Kes itu dibuka peguam
negara Switzerland pada 29 Ogos susulan satu laporan jenayah oleh BMF,"
kata BMF dalam kenyataan mereka.
Kumpulan rakyat Malaysia itu
membuat permohonan kepada Mahkamah Jenayah Persekutuan Switzerland selepas
pendakwa raya di sana mengumumkan pada 26 Oktober bahawa BMF perlu dikecualikan
daripada kes itu kerana mereka tidak terjejas secara langsung daripada dakwaan
penyucian wang haram itu.
Mahkamah dijangka memberikan
keputusan terhadap permohonan itu dalam jangka masa tiga bulan, kata BMF. (MKINI)
No comments:
Post a Comment