RAKYAT Malaysia sekali lagi
dinasihatkan supaya menangguhkan sebarang lawatan ke Syria ketika ini berikutan
keadaan keselamatan di negara itu semakin meruncing dan membahayakan
keselamatan umum, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, kelmarin.
Beliau berkata pihaknya
bimbang dengan situasi keselamatan yang semakin buruk di negara itu dan akan
terus memantau perkembangan di sana.
"Mengambil kira situasi
semasa dan Nasihat Perjalanan pada 21 Julai 2012, kementerian sekali lagi ingin
menasihatkan semua rakyat agar menangguhkan atau tidak melakukan sebarang
lawatan ke negara itu buat masa ini," katanya dalam kenyataan di ibu
negara.
Anifah berkata pejabat
Kedutaan Besar Malaysia di Damsyik masih ditutup sejak Julai lepas.
Mengikut Badan Pemerhati Hak
Asasi Manusia Syria, lebih 30,000 orang dilaporkan terbunuh dalam konflik di
negara itu sejak pemberontakan menentang kerajaan pimpinan Presiden Bashar
Al-Assad tercetus pada Mac 2011. (Bernama)
No comments:
Post a Comment