Oleh : ASBOLLAH. A
JIKA benar dakwaan Adun
Sekong, Datuk Samsudin Yahya bahawa Ketua Menteri Sabah akan menurunkan semula beliau
sebagai Calon BN/UMNO di DUN Sekong pada PRU-13; tanpa mempedulikan segala
skandal yang merantainya; sewajarnya beliau dilantik sebagai Menteri
Pelancongan dan Alam Sekitar Sabah bagi menggantikan Datuk Masidi Manjun yang
diwar-warkan akan bertanding di parlimen.
Kejayaan Samsudin
memperolehi sambungan kontraknya sebagai Pengerusi Ko-Nelayan sehingga 2015,
menunjukkan bahawa Musa Aman tidak terpengaruh dengan segala laporan dan
Skandal yang didedahkan Sabahkini.net dan laporan polis dan SPRM yang dibuat
oleh AMK Parti Keadilan Rakyat.
Namun agak malang bagi
rakyat Sabah yang akan menjadikan Samsudin sebagai 'Target' untuk menentang
UMNO ketika Panel RCI sedang menjalankan siasatan; apatah lagi majoriti rakyat
Sabah tahu bahawa Samsudin adalah PATI yang lahir di Cagayan, Filipina dan
mendapat kerakyatan songsang.
Dengan pencalonan semula Samsudin
mempertahankan kerusi DUN Sekong dengan alasan bahawa beliau Ketua UMNO
Bahagian Batu Sapi dan Pengerusi BN Parlimen Batu Sapi; maka semakin mudah
Pakatan Rakyat dapat menawan kerusi berkenaan setelah rakyat tahu bahawa
Samsudin adalah Warga Penyu.
Memandangkan kedudukannya
sebagai Warga Penyu, maka sesuailah Samsudin (jika menang) dilantik sebagai
Menteri Pelancongan dan Alam Sekitar bagi mempromosi Sabah sebagai 'Maskot
Penyu' kerana semakin banyak penyu mendarat untuk bertelur di Sabah termasuk
Pulau Sipadan, Selingan dan Berhala.
Jika Trengganu melancarkan
Tahun Melawat Malaysia 2013 dengan mengekalkan Penyu sebagai 'Maskot' maka
kekuatan Samsudin ialah spesis 'Penyu' pertama yang menjadi Warga Penyu di
Malaysia.
Walaupun sebelum ini
Samsudin digelar sebagai Umang-Umang (Hermit Crab) kerana menggunakan IC Projek
setelah memalsukan keterangan diri, namun Samsudin adalah Warga Penyu yang kini
sudah menjadi istilah umum sebagai PATI yang mendapat kerakyatan songsang.
Memang tidak dapat dinafikan
bahawa tohmahan umum bahawa Mantan Pemandu Teksi ini dipilih sebagai Calon UMNO
setelah berjasa membantu Ketuanya melakukan jenayah menyerang musuh tradisi dan
jenayah berkenaan telah ditutup Ketua Polis Daerah; mungkin benar dan sah sebagai
kroni dan proksi sehingga terpaksa dikekalkan untuk satu atau dua penggal lagi.
"Di Sekong, jika UMNO
meletakkan Umang-Umang atau Penyu, bahkan PATI yang baru mendapat resit
sementara kad pengenalan pasti menang dengan majoriti yang besar kerana
majoriti adalah pengundi untuk disewa. Apa sahaja isu yang dibangkitkan hanya
membuang masa kerana pengundi akan memilih poket siapa yang tebal," kata
seorang pengundi tegar UMNO.
Siapa pun yang akan menjadi menteri seharusnya diselidik akan latar belakang.
ReplyDeletesaya yakin datuk musa aman akan membuat pertimbangan semasak2nya sebelum membuat keputusan.. beliau tidak akan semudah itu membuat keputusan lebih2 lagi jika keputusan itu boleh menjejaskan kedudukan BN di Sabah..
DeleteIni bagi memastikan sokongan daripada rakyat tidak akan terjejas disebabkan oleh mereka ini.
ReplyDeleteAs long as they are competent, certainly he is a great choice.
ReplyDeletedan jangan mudah mempercayai tunduhan2 dari pihak yang beriya2 mahu merampas kerajaan.. niat mereka bukan untuk mendedahkan kebenaran, sebaliknya sekadar untuk memenuhi nafsu politik mereka..
DeleteAs long as he can bring the industry to a greater stages, why not?
ReplyDeletepembangkang paling tidak suka jika pemimpin2 yang berkebolehan memajukan negeri diketengahkan.. jika negeri sabah maju, maka hilanglah potensi mereka untuk merampas kerajaan..
DeleteNamun agak malang bagi rakyat Sabah yang akan menjadikan Samsudin sebagai 'Target' untuk menentang UMNO ketika Panel RCI sedang menjalankan siasatan; apatah lagi majoriti rakyat Sabah tahu bahawa Samsudin adalah PATI yang lahir di Cagayan, Filipina dan mendapat kerakyatan songsang.
ReplyDeleteAdakah ini benar? Ini juga kelemahan kerajaan BN memberi kerakyatan kepada PATI semata-mata untuk mengukuhkan kedudukannya.
pertama sekali, perlu diingat bahawa kes itu telah dilaporkan.. jika tidak ada apa2 tindakan, bermakna tuduhan itu tidak berasas.. dari petikan ayat itu juga sudah menunjukkan pembohongan.. bila masa "majoriti" rakyat Sabah tahu bahawa samsudin adalah PATI??
DeleteIsu kerakyatan songsang harus ditanggani. Golongan yang menggunakan dokumen palsu harus dikenakan tindakan.
ReplyDeleteRCI akan lakukan tugas2 itu.. sesiapa sahaja, tanpa mengira pangkat, pasti akan dihadapkan kemuka pengadilan jika didapati bersalah..
DeleteKami menantikan perkembangan selanjutnya berkenaan siasatan RCI.
ReplyDeleteblum tau lagi samada Samsudin akan dicalonkan atau tidak.
ReplyDeletebiasalah.. pembangkang lebih dulu buat spekulasi sebelum perkara itu berlaku..
Deletepilih yang terbaik untuk dicalonkan.
ReplyDeleteselepas pelbagai laporan dibuat berkenaan dengan skandal yang melibatkan Samsudin, apa tindakan yang sudah diambil terhadap beliau?? jika tidak ada, bermakna tuduhan2 itu tidak berasas..
ReplyDeleteuntuk apa datuk musa mendengar tuduhan2 dari pihak yang cuba menjatuhkan kerajaan dengan menyebarkan pelbagai bentuk pembohongan??
ReplyDeleteada ramai lagi penduduk Malaysia yang telkah diberikan kewarganegaraan mengikut peruntukkan2 dalam perlembagaan.. kenapa tidak pertikai2 satu2 persatu pemilik warganegara itu??
ReplyDeletemalah, wan azizah, Azmin, saifuddin dan zuraidah juga bukan penduduk tempatan memandangkan IC mereka ada menunjukkan kod 71.. kenapa tidak dihalang pemimpin2 ini dari terus merampas kerajaan?
ReplyDeleteCM reminded Umno members and leaders not to be complacent and to continue working hard to strengthen the party and to serve the people well
ReplyDeleteKM mengajak rakyat terus memelihara hubungan perpaduan sambil memperkukuhkan kekuatan kerajaan Barisan Nasional yang telah banyak menyalurkan pelbagai bentuk pembangunan demi kepentingan semua kaum di negeri ini.
ReplyDeleteSabah BN and Umno chief said the ruling coalition needed undivided support to enable it to bring further progress and maintain peace and harmony.
ReplyDeleteSabah’s six National Key Economic Areas had been identified, namely, tourism, oil and gas, oil palm, manufacturing and logistics, agriculture and education.
ReplyDeleteRamlee and Sekong Assemblyman, Datuk Samsudin Yahya heated the sitting again by saying that Jimmy Wong did not write his own speech but let others write it for him.
ReplyDelete