Oleh : ZURAIRI AR
KUALA LUMPUR : Bekas Perdana
Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kelmarin mengakui kerajaan Malaysia menapis
berita, akan tetapi menafikan dakwaan kebebasan akhbar disekat.
“Jika anda bermain dengan
isu-isu kaum ke tahap di mana orang mahu bergaduh antara satu sama lain, maka
kita akan tapis itu,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini
selepas Persidangan Antarabangsa Mengenai Kanak-kanak Mangsa Perang yang
dianjurkan oleh Kuala Lumpur Foundation to Criminalise War (KLFCW)
“Selain itu ianya agak bebas
... Anda membaca Harakah, Sin Chew Jit Poh, China Press, Malaysiakini .. kita
tidak tapis. Kita benar-benar perlu meletakkan mereka di dalam penjara.”
Apabila diminta penjelasan
tentang siapa yang seharusnya dipenjarakan, Dr Mahathir menjawab: “Pemberita
lah.”
Dr Mahathir sebelum ini
mengkritik tentang kekurangan kebebasan akhbar di Amerika Syarikat, di mana
berita konflik dunia akibat daripada dasar luar kuasa besar tersebut didakwa
ditapis oleh pemerintah.
"Penapisan bukan sahaja
dilakukan oleh kerajaan, saya tahu kerana saya berada dalam kerajaan sebelum
ini.
"Ia dilakukan oleh
pemilik akhbar. Ia dilakukan oleh wartawan seperti anda, dan ia dilakukan oleh
sub-editor anda yang akan mengedit apa yang anda tulis," tambah beliau.
Bekas perdana menteri itu
dilaporkan sebelum ini mengakui dirinya memulakan blog CheDet.cc oleh kerana
suaranya disekat.
“Saya menjadi penulis blog
oleh kerana saya disekat dari media arus perdana. Saya masih perlu bercakap
sesuatu,” katanya semasa bercakap di program Asian Bloggers and Social Media
Conference pada tahun 2010.
Malaysia berada di kedudukan
122 dalam Indeks Kebebasan Akhbar 2011-2012, berkongsi kedudukan dengan Algeria
dan Tajikistan.
Malaysia berada di kedudukan
104 pada tahun 2003, tahun terakhir pentadbiran Dr Mahathir, dan berada di
kedudukan 131 pada tahun 2009, tahun Datuk Seri Najib Razak mengambil alih
jawatan perdana menteri. (TMI)
No comments:
Post a Comment