Thursday, 1 November 2012

PENULIS BLOG SEKS MOHON MAAF






KUALA LUMPUR : Alvin Tan, pelajar Malaysia yang terlibat dengan kontroversi selepas beliau dan kekasihnya membuat blog seks mereka, memohon maaf kepada Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) hari ini kerana memalukan institusi tersebut.

Bagaimanapun Tan juga mengatakan beliau melakukan jenayah yang tidak mengganggu orang lain.

Bercakap kepada wartawan selepas inkuiri disiplin NUS di Singapura hari ini, pelajar undang-undang Alvin Tan berkata “saya memohon maaf kerana memalukan NUS.”

"Tetapi pelajar berusia 24 tahun itu berkata inkuiri tersebut dilakukan atas kegiatan peribadinya, dan bukannya sebagai pelajar NUS,” laporan akhbar Straits Times Singapura kelmarin.

“Apa yang saya lakukan ialah kesalahan yang tidak mengganggu orang lain. Tidak ada siapa yang tercedera atau dalam bahaya,” katanya lagi.

Inkuiri bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 4 petang.

Dia memberitahu Straits Times Selasa lalu bahawa kekasihnya, Vivian Lee yang juga dari Malaysia, mahu bersamanya di Singapura, tetapi dihalang oleh kekasihnya.

NUS berkata badan disiplin akan mengkaji kes ini sebelum mengambil tindakan ke atas Tan.

Tan mengatakan NUS akan memberitahu keputusan badan disiplin dalam masa tujuh hari, menurut laporan akhbar tersebut. Dia menyiarkan link dalam dalam satu forum di Singapura ke blognya.

Pelajar NUS itu berkata, gambar erotik dan video dirinya bersama teman wanita adalah 'menyeronokkan', menurut Yahoo! Singapura.

Laman 'Sumptuous Erotica', Tan dan teman wanitanya Lee berkata mereka gemar memuat naik kegiatan seks mereka di internet untuk “dinikmati orang ramai”.

Blog itu bagaimanapun telah disekat. Tan turut berharap biasiswanya tidak ditarik balik.

Tan dipetik akhbar berkenaan belajar di Singapura dengan Biasiswa Asean pada 2004 dan belajar di Sekolah Menengah Xinmin dan Kolej Junior Raffles sebelum menyambung pengajian di NUS.

Dia yang berasal dari Kuala Lumpur menjalankan perniagaan online.

Ibunya membantunya menjalankan perniagaan keluarga, sementara bapanya bekerja dalam bidang pemasaran.

Menurutnya lagi sejak berita itu tersiar, ibunya menerima banyak panggilan telefon daripada rakan niaganya.

Semalam, dia mengambil bas ke Singapura daripada rumah Lee di Johor Bahru untuk beberapa sesi bersama media di Singapura.

Lee yang seharusnya menemaninya bagaimanapun menarik diri, kerana keluarganya sedih dengan publisiti, enggan memberikan pasportnya.

The Straits Times Singapura berkata Tan memberikan sesi temu ramah yang baik dan meletakkan rating dirinya di tangga 11 berbanding 1 hingga 10.

“Jika ada yang menarik tentang diri saya, ia adalah tubuh badan saya.”

Polis Jenayah Komersil Datuk Syed Ismail Syed Azizan sebelum ini berkata bahawa pihak berkuasa mempertimbangkan mengambil tindakan terhadap kedua-duanya pasangan tersebut kerana melanggar undang-undang menyebarkan bahan-bahan lucah.

Beliau mengatakan perkara tersebut akan dirujuk kepada SKMM terlebih dahulu.

Di bawah seksyen 292, Kanun Keseksaan, pasangan itu boleh didakwa di bawah undang-undang tersebut adalah penjara selama tiga tahun atau denda.

No comments:

Post a Comment