CADANGAN….Juhari
sedang ditemubual mengenai cadangan penerbitan surat khabar Buletin
Sabahkini.Net.
Oleh : SHAIMON S JUAMDI Foto : ZAMAN ABM FAJEER
EKORAN Portal Online Sabahkini.Net yang kini semakin dekat di hati masyarakat pengamal
media alam maya, ramai peminat setia portal ini mencadangkan agar diterbitkan
surat khabar (media cetak) berbentuk Buletin, sama ada secara mingguan atau
dwi-mingguan.
Salah seorang peminat setia
Sabahkini.Net, Mohd Juhari Kadir daripada
Kampung Batu Putih Kinabatangan, mencadangkan kepada Ketua Biro Sabahkini.Net
Wilayah Sandakan agar menyampaikan niatnya kepada C.E.O Sabahkini.Net yang
beribu pejabat di Kuala Lumpur menimbangkan cadangannya.
Kata Juhari, memang tidak
dinafikan Sabahkini.Net yang fleksibel dan tidak berat sebelah semakin mendapat
sambutan ramai di kalangan penduduk Sabah, bukan sahaja tertakluk kepada
masyarakat Bumiputera, bahkan merangkumi
masyarakat Cina dan India juga amat meminati Sabahkini.Net yang banyak
menyiarkan berita-berita sensasi dalam membongkar perkara-perkara songsang yang
tersembunyi.
Ditambah lagi, kata Juhari,
jika Sabahkini.Net menerbitkan surat khabar bercetak untuk memberi ruang kepada
segelintir masyarakat yang buta IT/ICT untuk membaca berita-berita dan
artikel-artikel yang amat bernilai berkenaan.
Jika dua tahun lalu, kata
Juhari, ramai di kalangan pemimpin dan ahli UMNO paling benci kepada
Sabahkini.Net sehingga beberapa wartawan Sabahkini.Net sering menerima ancaman bunuh dan telah dicederakan kerana terus
menyiarkan perkara-perkara songsang yang dilakukan oleh pemimpin mereka.
"Tetapi kini telah jauh
berubah, malahan ramai para pemimpin UMNO suka aktiviti-aktiviti mereka
disiarkan di Sabahkini.Net kerana bila tersiar, dakwa mereka, Perdana
Menteripun turut membacanya dan mengetahui segala pergerakan di bahagian dan
cawangan UMNO yang dijalankan,” jelas Juhari.
Menurut Juhari, beliau amat
gemar mengikuti artikel daripada Sandakan yang tidak berat sebelah, pro
kerajaan, pro pembangkang dan kaedah beginilah yang amat disukai rakyat untuk
mendapat berita secara telus dan berterus terang
Katanya, akhbar di Sabah
wajar mengikut jejak langkah Sabahkini.net yang mengamalkan 100 peratus Bill Of
Guarantee (BoG) iaitu tidak menapis internet sebagaimana dibuktikan sejak
Sabahkini.net dilancarkan sekitar 2006.
Tegasnya, rakyat mahukan
artikel luhur dan wadah bebas tanpa kekangan dan tidak disodor dengan berita
yang memualkan kerana setelah merdeka 49 tahun, rakyat Sabah sudah boleh
menilai hati budi kerajaan; tanpa puja puji melangit.
"Kami akan berbincang
dengan beberapa orang tokoh masyarakat untuk meminta sedikit sumbangan bagi menjayakan penerbitan buletin
Sabahkini.net jika mendapat persetujuan kelak," ujar Juhari yang menaruh
harapan tinggi agar niatnya direstui Sabahkini.net.
No comments:
Post a Comment