Oleh : SALMIYAH HARUN
KUALA LUMPUR : "Kalau
pimpinan PAS mengarahkan saya bertanding di Sabah atau Sarawak pun, saya akan
pergi," kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
"Saya tidak boleh buat
keputusan sendiri, kita terima senarai calon kemudian bincang bersama dan mesti
patuh kepada keputusan parti.
"Kalau parti kata tidak
bertanding, maka tidak bertandinglah. Kalau bertanding maka bertandinglah.
"Dan di mana sahaja
bertanding sekalipun, kalau bertanding di Pekan, Pekan lah. Kalau bertanding di
Sabah, Sarawak, maka di Sabah Sarawaklah," katanya.
Beliau berkata demikian
dalam sidang media selepas mesyuarat bulanan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat
di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.
Barisan pimpinan tertinggi
PAS Pusat yang turut bersama di dalam sidang media itu terus ketawa sebaik
sahaja wartawan meminta Abdul Hadi memberi respons berhubung hasratnya untuk
bertanding di Pekan.
Abdul Hadi mendapat
perhatian media ekoran beliau menyatakan kesediaan untuk melawan Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di parlimen Pekan dalam pilihan raya nanti.
Menurut Ahli Parlimen Marang
itu, kenyataanya untuk bertanding di Pekan adalah sebagai mesej kepada ahli dan
parti bahawa beliau bukan seorang diktator.
"Kenyataan itu adalah
mesej kepada seluruh ahli-ahli parti yang menyokong parti supaya yang pertama,
saya bukan diktator dalam parti," katanya.
Sehubungan itu, Abdul Hadi
juga memberitahu PAS sudah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya ke-13
pada bila-bila masa.
"Daripada taklimat
diberikan dalam mesyuarat hari ini, kita sudah siap 90 peratus dari keperluan
pilihan raya," katanya.
Antara perkara utama yang
dibincangkan adalah persiapan Muktamar PAS kali ke-58 yang akan berlangsung
pada 14 hingga 18 November di Kota Bharu Kelantan.
Mesyuarat kali ini turut
membincangkan beberapa perkara penting di peringkat antarabangsa termasuklah
konflik yang dihadapi oleh umat Islam Rohingya, masalah di Filipina dan
kezaliman terhadap rakyat Syria.
Turut bersama dalam sidang
media petang tadi, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu; Naib Presiden Datuk
Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar; Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dan
Penolongnya Datuk Takiyuddin Hassan. (Harakahdaily)
No comments:
Post a Comment