RUNTUH….Inilah
kawasan tanah Runtuh di lereng bukit Grand View. (maaf gambar kurang jelas)
Oleh : SHAIMON S JUMADI
KETUA Pegawai Perhubungan
Parlimen Sandakan yang juga Ahli Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) Charlie O
Pang merayu kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Majlis Perbandaran Sandakan
agar dapat memantau dan seterusnya mencari jalan bagi mengatasi masalah tanah
runtuh di lereng bukit belakang deretan rumah bermula nombor 389 Taman Grand
View, Sandakan.
Hasil tinjauan beliau ke
tempat tersebut kelmarin mendapati bahawa bukit bekas di radu itu agak
berbahaya dan kemungkinan hakisan tanah tersebut akan runtuh bila-bila masa sahaja
kerana sekarang ini musim tengkujuh.
Pang menjelaskan masalah
runtuh di kawasan perumahan tersebut memang sering berlaku ketika hujan
berpanjangan, lantas hakisan tanah yang dibawa arus air hujan terus mengalir
dan menjadikan banjir lumpur memasuki kawasan perumahan yang berhampiran.
“Sebagai Ahli Majlis MPS
yang turut bertanggungjawab perkara ini, saya merayu kepada pihak MPS dan JRK
mencari jalan alternatif untuk menangani masalah tanah runtuh dengan segera
sebelum sesuatu perkara buruk yang tidak diingini berlaku menimpa penduduk
setempat lagipun sekarang sudah musimnya hujan setiap hari,” ujarnya.
Tambah Pang lagi, hasil
lawatannya kelmarin ke tempat tersebut beliaupun sudah membuat laporan rasmi
bertulis kepada pihak MPS mengenai hal tersebut untuk diambil tindakan segera.
No comments:
Post a Comment