Monday, 12 November 2012

PRESIDEN PKR ENGGAN BERTANDING PRU-13





BERUBAH......Dr Wan Azizah berkata bahawa rakyat Malaysia sudah bersedia untuk berubah.

Oleh : DEBRA CHONG

PETALING JAYA : Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak berminat untuk bertanding dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang mengatakan beliau mahu menghabiskan masa berkempen untuk Pakatan Rakyat (PR) daripada untuk dirinya sendiri.
Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh selama dua penggal itu tidak boleh bertanding di kerusi parlimen selama lima tahun di bawah undang-undang selepas meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali ke parlimen.

Akan tetapi beliau masih lagi layak untuk bertanding di kerusi dewan undangan negeri (Dun) sama ada di Pulau Pinang, tempat beliau mendaftar sebagai pengundi atau Selangor dimana beliau menetap sekarang.

“Saya mahu bebas berkempen di semua tempat,” Dr Wan Azizah memberitahu The Malaysian Insider dalam sebuah temubual eksklusif baru-baru ini.

“Jika saya bertanding, saya akan terhad kepada kawasan saya,” tambah beliau, jika dipilih, beliau mahu komited sebaik mungkin untuk memenuhi harapan pengundi, yang memerlukan beliau untuk terus berhubung dengan penduduk di satu kawasan berbanding dengan asas lebih besar di peringkat kebangsaan.

Dr Wan Azizah telah menggepalai parti berbilang kaum tersebut semenjak penubuhannya pada tahun 1999 selepas pemecatan suaminya daripada jawatan timbalan perdana menteri dan pernah berperanan sebagai ketua pembangkang.

Beliau bertanding bagi pihak suaminya di kubu kuat keluarga di Permatang Pauh, Pulau Pinang dalam pilihan raya 1999 dan berjaya mempertahankannya dalam kedua-dua pilihan raya berikutnya sebelum memilih untuk meletakkan jawatan.

PKR Selangor telah menawarkan empat “kerusi Dun selamat” kepada beliau — Kota Anggerik, Seri Muda, Seri Setia dan Sementa.

Sejak berhenti sebagai Ketua Pembangkang Parlimen - jawatan disandang selama lima bulan — Dr Wan Azizah mengambil tempat duduk belakang dalam politik, menjadi pemimpin parti politik yang hanya muncul di khalayak ramai apabila diperlukan.

Beliau mengeluarkan kenyataan sebagai presiden parti biasanya semasa musim perayaan atau di persidangan parti dan mengenai isu-isu yang membangkitkan kemarahan orang ramai, seperti kenaikan kadar jenayah di seluruh negara.

Tidak seperti rakan-rakan politik lelaki lain, Dr wan Azizah tidak ragu-ragu menjadi pemain dibelakang tabir dalam politik. Malahan beliau gembira dengan peranan tersebut.

“Saya telah sentiasa dilihat diri saya sebagai membantu dari belakang tabir. Saya masih pembawa obor dalam erti kata itu. Saya fikir saya masih dikenali sebagai Keadilan,” kata nenek yang akan berusia 60 tahun bulan hadapan.

Tetapi beliau mengakui bahawa pilihan untuk bertanding atau tidak, tidak lagi di tangannya jika parti beliau dan pakatan pembangkang PR membuat kemajuan sebenar dalam usaha untuk merampas kawalan Putrajaya dari gabungan Barisan Nasional (BN).

“Saya pernah bertanding dalam pilihan raya sebelum ini. Ia bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah,” katanya.

Pilihan raya umum ke 13 — yang perlu diadakan pada April depan selepas mandat BN tamat — akan menjadi pilihan raya terhebat untuk merampas kuasa di peringkat federal, kata Dr Wan Azizah.

Dalam pemerhatian beliau, pengundi sudah lebih arif dalam tempoh empat tahun lepas dan pembangkang tidak lagi boleh bergantung kepada rasa tidak puas hati pengundi terhadap BN untuk mendapatkan sokongan ke arah PR.

“Sekarang, kita mahu mengetahui dengan lebih lanjut tentang siapa yang akan mewakili kami.

“Rakyat Malaysia sudah bersedia untuk berubah dan kita perlu tawarkan itu,” katanya (TMI)

No comments:

Post a Comment