Wednesday, 7 November 2012

STADIUM BOLA SEPAK IC KILANG IC PROJEK?




PAGI tadi, Milo Suam ada menyiarkan pendedahan seorang wanita, Shirley Gabriella melalui laman facebook miliknya bahawa beliau menyaksikan sendiri ribuan warga asing, diberi kerakyatan di Stadium KLFA, Cheras rujuk sini [warga asing terima kerakyatan].

Rentetan pendedahan itu, salah seorang sahabat pembaca MiLo SuaM telah mengirimkan beberapa keping gambar yang diambil olehnya ketika melalui Stadium Bola Sepak (KLFA), Cheras pada pagi 2 November 2012 yang lalu.

Di bawah ini gambar-gambar yang berjaya diambil oleh pengirim yang enggan identitinya diketahui itu secara curi-curi melalui telefon bimbitnya (harap maaf kualiti foto kurang memuaskan). Dia juga mendakwa ada  menyaksikan ribuan warga asing Myanmar, Bangladesh dan India

Pengirim juga sangat hairan mengapakah laluan yang selama ini dirasakannya sebagai aman untuk berulang alik menghantar isterinya ke Maktab Perguruan Cheras, namun jumaat lalu laluan itu sesak dengan bas-bas dan teksi serta limpahan warga asing yang menyukarkan laluannya.




Kepada sahabat pembaca yang mempersoalkan kredibiliti maklumat ini sebelum ini kerana hanya bersandarkan pendedahan seorang pengguna facebook, sekarang kita dedahkan pula bukti bergambar.

Lagi pun pendedahan Shirley Gabriella sebelum ini perlu diambil berat kerana beliau mendedahkan perkara ini melalui akaun facebook miliknya sendiri serta menggunakan gambar dirinya. Sukar diterima akal seorang wanita berani membuat kenyataan palsu mendedahkan isu sensitif seperti ini menggunakan akaun facebook miliknya sendiri.

Persoalannya di sini, apa tujuan ribuan warga asing ini dikesan berkumpul beramai-ramai di Stadium Bola Sepak Cheras di awal pagi? Adakah kerajaan Malaysia sudah menetapkan Stadium Bola Sepak Cheras ini sebagai tempat tinggal ribuan warga asing ini? (Milo Suam)





No comments:

Post a Comment