Oleh : SUSAN LOONE
AHMAD Abd Jalil, yang
ditahan lewat malam Jumaat lalu kerana didakwa menghina Sultan Johor dalam
Facebook, telah dibebaskan semalam tetapi kemudian ditangkap semula di bawah
tuduhan yang berbeza.
Peguamnya Fadiah Nadwa Fitri
berkata penangkapan kedua Ahmad itu adalah satu bentuk "ugutan dan
penyalahgunaan proses mahkamah".
Beliau berkata, Ahmad pada
mulanya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Baru selepas ditahan reman
selama tiga hari di bawah Akta Hasutan ekoran pos di laman rangkaian sosial itu
yang didakwa telah menyinggung baginda sultan.
Ahmad Abd Jalil ditangkap
pada kali pertama berikutan tiga laporan polis yang dibuat terhadapnya di
Johor.
Fadiah berkata, Ahmad akan
dihadapkan ke mahkamah sekali lagi oleh polis yang telah memohon untuk menahan
remannya di bawah pertuduhan baru di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia.
Beliau menambah bahawa polis
didakwa memberitahu keluarganya bahawa Ahmad ditangkap semula kerana mereka
telah mendapatkan khidmat peguam untuk menguruskan kes tersebut.
"Ini benar-benar satu
bentuk ugutan dan pelanggaran perlembagaan persekutuan," katanya.
"Hak untuk mendapatkan
khidmat peguam dijamin di bawah Perkara 5 (3) Perlembagaan. Adakah ini sebuah
negara polis sehingga orang ditangkap kerana mendapatkan khidmat peguam?"
soalnya.
No comments:
Post a Comment