KUALA LUMPUR : Kempen Anti
Saman Ekor (Kase) mendedahkan kelemahan terbaru saman Sistem Penguatkuasaan
Automatik (AES) yang dikeluarkan terutama di lokasi kilometer 6.6 Lebuhraya
Lembah Klang Selatan (SKVE).
Penasihat Undang-Undang
Kase, Zulhazmi Shariff berkata, kamera AES di lebuh raya tersebut keliru dan
celaru apabila menangkap kelajuan 80 kilometer sejam (km/j) sedangkan had laju
di situ adalah 90 kilometer sejam.
“Salah satu saman yang
diterima adalah di kilometer 6.6 SKVE, menunjukkan pemandu terbabit melakukan
kesalahan Seksyen 79 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987, atas kesalahan gagal
mematuhi isyarat lalu lintas dan had laju yang ditetapkan 80 km sejam.
“Padahal menurut laman web
JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan), had laju yang ditetapkan di sana adalah 90
km/j,” katanya pada sidang media di Parlimen.
Menurut Zulhazmi, Pengarah
Penguatkuasa JPJ, Jaafar Mohamed dalam laman web JPJ menjelaskan, kamera AES
dilengkapi sistem ‘speed limit buffer’ (lonjakan had laju).
“Maknanya, di tempat had
laju 90 km/j, pemandu hanya akan disaman jika pandu lebih 100 km/j.
“Tetapi dinyatakan (menurut
surat saman yang ditunjukkan) bukan lonjakan, sebaliknya pengurangan had laju,”
kata beliau.
Ekoran itu, Zulhazmi
berkata, Kase akan menyediakan khidmat guaman kepada pemandu yang disaman yang
tampil kepada mereka.
“Kita sedia lawan di
mahkamah, atau (kalau perlu) saman JPJ kerana menipu,” tegasnya lagi.
Dalam perkembangan sama,
Pengerusi Kase, Datuk Mahfuz Omar turut menyeru pemandu yang disaman tidak
menerima tawaran kompaun terhadap saman AES.
“Kompaun tidak wajib bayar.
Bawa kes ini ke mahkamah juga bukan bermakna kita lawan undang-undang, tetapi
sebaliknya ikut proses undang-undang,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
No comments:
Post a Comment