Saudara Pengarang,
KIRA-KIRA jam 8.45 malam kelmarin,
mengikut waktu tempatan di Vietnam, saya terlihat penumpang pesawat AK 1455,
warga Malaysia dihampiri oleh kakitangan lelaki Air Asia. Penerbangan pulang ke
Kuala Lumpur dijadualkan berlepas pada jam 9 malam atau 10 malam waktu
Malaysia.
Setelah beberapa minit
berlalu, perlahan saya kemudian mendekati kumpulan penumpang itu dan mengajukan
soalan. "Ada masalah apa puan?"
"Kakitangan Air Asia
ini berkata, anak saya dilarang menaiki pesawat kerana dia demam campak. Kami
sekeluarga, dua belas orang, datang ke Ho Chi Minh pada hari Rabu lalu. Kami
memang ada membawa bekalan ubat demam, jadi bagi kepada dia kalau dia demam.
Dia sudah tidak demam lagi," ujar ibu bayi, Izan Suhaila Mohd Ali, 36
tahun.
"The mother and the
baby had to stay here for five days. They cannot board the aircraft," arah
kakitangan Vietnam Air Asia berdiri di sebelah saya. Mereka bimbang sekiranya
deman terbabit menjangkiti penumpang lain.
Menurut ahli keluarga Izan,
semua beg pakaian mereka telah dimasukkan ke dalam pesawat. Setelah bercuti
selama empat hari, kandungan beg bercampur aduk dan barangan keperluan asas
Izan dan anaknya, Maryam sukar dipisahkan. Bayi, Maryam Sofea Mohd Reza, berusia
14 bulan.
Lalu saya terangkan keadaan
sebenar kepada kakitangan syarikat penerbangan tambang murah itu. "So, all
twelve had to stay then," balasnya.
"I understand the
situation, law is a law but don't forget, these are human beings not dogs or
cats. If she were going to stay here for another five days, she and the baby
need cloth to wear. Please refer this matter to your superior again before
making further decision," balas saya.
Tidak lama kemudian, muncul
seorang penumpang memperkenalkan dirinya sebagai pegawai perubatan (medical
doctor) datang menghampiri dan menyentuh tubuh Maryam.
"Dia kena chicken pox
tetapi sudah tidak demam lagi. Hanya tinggal kesan tompokan hitam sahaja di
tubuh," ujar doktor terbabit.
Beberapa minit kemudian
tampil pula jururawat wanita tempatan dan pantas menyelitkan jangka suhu di
bawah ketiak bayi itu sebanyak dua kali.
"Apabila kita bertanya,
berapakah suhu badan Maryam, dia membisu," ujar kakak Izan, Norhamiza.
Saya perhatikan, airmata jernih mula bergenang di bawah dua kelopak mata Izan
sambil dia terus mendakap erat anaknya mengalami sindrom down. Barangkali dia
bak tidak mampu mempercayai cabaran didepaninya tatkala itu amat getir.
Tambahan pula suami
tersayang tidak bersamanya untuk mengharung detik hitam tidak mungkin dapat
dilupakan sepanjang hayatnya itu. Keputusan muktamat telah dibuat oleh
kakitangan Air Asia berpenampilan bongkak biarpun tidak dipersetujui ramai
penumpang lain.
"The captain doesn't
allow this baby on board," ujar pegawai sama kepada kami. Warga Malaysia
berkunjung ke bandaraya Ho Chi Minh untuk membeli-belah.
Lazimnya, ramai tidak
membawa baki wang tunai tatkala pulang ke Malaysia. Di saat perpisahan hampir
menjenguk, Izan dipeluk erat oleh ahli keluarganya. Mereka juga tidak berupaya
menahan deraian airmata tumpah di pipi.
"Ibu ini diarahkan
untuk tinggal bersama anaknya selama lima hari lagi di sini. Barangkali dia
tidak mempunyaii wang tunai mencukupi. Kalau hati terbuka untuk menghulurkan
bantuan, dipersilakan," kata saya spontan kepada semua penumpang sedang
beratur untuk menaiki pesawat.
Tidak semena-mena, warga
Malaysia pelbagai bangsa, Melayu, Cina dan India, tergesa-gesa mengeluarkan
matawang pelbagai jenis dari poket serta beg duit mereka dan pantas
menghulurkan kepada Izan. Hebat sungguh warga Malaysia.
Memori sebegitu bakal terus
terpahat di minda saya, selagi hayat dikandung badan. Saya berasa amat kagum.
Biarpun mereka tidak mengenali Izan dan keluarga, fakta itu diketepikan. Saya
melihat lelaki Cina bertubuh tinggi menyeluk saku lalu menghulurkan sejumlah
wang kepada Izan, berdiri di elevator.
Kakitangan Air Asia bertugas
bak tidak sabar untuk membawa Izan, Maryam dan dua anak buahnya keluar daripada
kawasan itu. Sebelum beredar, Izan sempat dipeluk oleh beberapa wanita Melayu
tidak pernah dikenalinya.
Sebilangan wanita lain,
berlari mendapatkan ibu bertugas sebagai kakitangan Hong Leong Bank itu dan
mendermakan wang tunai. Saya berasa amat terharu menyaksikan detik memilukan
itu tetapi gagal untuk tidak mengizinkan kejadian itu berlaku.
Untuk rekod, beberapa
petugas, lelaki dan perempuan kelihatan berdiri di kaunter Air Asia. Gambar
mereka saya rakamkan. Siapapun sekali mereka, kumpulan itu dilihat mewakili
syarikat penerbangan terbabit.
Andai kata Ketua Pegawai
Eksekutif Kumpulan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes tiba-tiba berkebetulan
muncul di lokasi itu, pasti saya tidak segan untuk merayu ... "Tan Sri,
tolong hulurkanlah sedikit bantuan. Mungkin kakitangan Air Asia boleh
mencarikan hotel untuk mereka menginap kerana Vietnam, negara asing bagi
mereka. Lagipun kini hampir jam 10 malam. Pengguna perkhidmatan syarikat Tan
Sri itu juga BUKAN orang kaya dan ternama seperti Tan Sri.
"Apapun, hakikatnya,
Izan dan anaknya adalah pelanggan Air Asia dan mereka telah membayar tambang
untuk pulang. Jika penumpang tidak mengenali mereka, sudi membantu, inikan pula
Tan Sri, individu tersohor di mata rakyat Malaysia."
Malangnya saya tidak
berpeluang bersemuka dan meluahkan rayuan itu kepada Tony tatkala beliau
diperlukan. Lupakan Tony tetapi saya berharap selepas membaca entri ini, beliau
dan kakitangan Air Asia akan mengambil tindakan segera menangani kesengaraaan
bakal ditempuh penumpang malang pesawat Air Asia terbabit.
Tony, just like what I have
told your staff in Vietnam, Izan dan Maryam are humans. Sekitar jam 9.30 malam,
kami semua hanya mampu menjadi penonton ketika ibu dan anak itu diarahkan
keluar dari pintu 18, lapangan terbang.
Pesawat AK 1455 terbang pada
kira-kira jam 10 malam waktu Vietnam, terlewat kira-kira sejam berbanding masa
sebenar.
Lebih MENAKJUBKAN, tiada
sebarang permohonan maaf diumumkan kepada penumpang berikutan kelewatan
berlaku. Sebaik menaiki pesawat, saya menceritakan butiran kejadian kepada
ketua pramugari, Kasturi, sedang berdiri berhampiran pintu utama pesawat.
Melihat reaksi wajahnya
gadis berpakaian serba merah itu, saya dapat menjangkakan kes itu terlalu asing
bagi dirinya. "Tolong maklumkan kepada kapten dan ground staff Air Asia di
LCCT supaya Izan dapat dibantu," pinta saya.
Setelah menjamah nasi lemak
tidak berapa enak dipesan, saya sekali lagi kembali menghampiri Kasturi.
"Saya dimaklumkan, ibu dan anak itu telah dibawa ke hospital oleh ground
staff kita," kata gadis tinggi lampai itu.
"Adakah kapten
mengetahui kejadian itu? Kerana ground staff tadi memaklumkan saya dan keluarga
Izan, kapten tidak membenarkan Mariam menaiki pesawat," soal saya.
"Kapten hanya tahu
sebentar tadi setelah saya maklumkan," akui Kasturi. Kapten bertugas,
Ariffin Bakar.
Sebenarnya, tiada individu
bijak gemar bertindak melanggar undang-undang. Jika kehadiran Maryam di dalam
pesawat ternyata membahayakan nyawa semua penumpang, molek jika bayi itu
dirawat dengan kadar segera di hospital di Ho Chi Minh terlebih dahulu.
Sewaktu tiba di LCCT, saya
mendapatkan berita terkini melalui Norhamiza dan ahli keluarga lain termasuk
ibunya, Zaiton Baharom, 71 tahun.
"Memang kami
terekjut," komen Zaiton terkilan. "Tadi sewaktu saya hubungi melalui
telefon, Izan berkata, kakitangan Air Asia itu menghantar mereka sampai ke
stesyen teksi dan berkata, I am sorry.
Izan kemudian terpaksa pergi
membelikan baju Mariam dan dua pasang baju dia sendiri kemudian pergi balik ke
May Flower Hotel, tempat kami menginap sebelum ini. Bayarannya, USD60 semalam.
Hujung minggu, banyak hotel
penuh dan terpaksa tinggal di situ. Ini trip pertama Izan ke Vietnam,"
tambah Norhamiza.
"Jadi tidak benarlah
kenyataan mereka kononnya Maryam telah dihantar ke hospital oleh kakitangan Air
Asia bertugas di lapangan terbang?," tanya saya kepada ahli perniagaan
itu.
"Tidak," balasnya
ringkas.
"Apakah pesanan puan
kepada Air Asia?," soal saya. "Periksa secara teliti terlebih dahulu
sebelum membuat keputusan. Jika Maryam membawa penyakit, sudah pasti kami
antara individu paling awal dijangkiti kerana kami bercampur-gaul dengan dia.
Saya sendiri tidur sebilik dengan Maryam," luah Norhamiza, kecewa.
Apakah bakal berlaku kepada
Izan dan Maryam? Adakah mereka mempunyai wang mencukupi untuk Maryam melakukan
pemeriksaan darah di hospital di Vietnam? Wajarkah Air Asia lepas tangan dalam
kes ini? Perkembangan kes ini bakal saya kongsikan bersama semua, kelak.
Salam Hormat,
MAZIDUL AKMAL SIDIK
No comments:
Post a Comment