Monday, 20 May 2013

PENANGKAPA​N ADAM CETUS KEBANGKITA​N






Saudara Pengarang,

EKORAN penahanan Adam Adli, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan memastikan kebangkitan anak muda berada di kemuncaknya. SAMM menyifatkan penangkapan Adam sebagai pencetus terbaik memandangkan mood rakyat yang marah dengan penafian demokrasi melampau oleh kerajaan pemerintah.

Ucapan berapi Adam Adli di pentas anjuran SAMM dan SMM 13 Mei lalu telah membawa kepada penahanan beliau semalam di Bangsar Utama.

Adam Adli telah dibawa ke Balai Polis Jinjang atas dakwaan akta hasutan dan kemudian disumbat ke dalam lokap di Lokap Berpusat Kuala Lumpur di Jinjang.

SAMM bersama hampir 100 aktivis rakyat telah berkumpul dan menunjukkan solidariti terhadap Adam Adli di hadapan lokap yang dihuni oleh beliau sepanjang malam tadi.

Hari ini, pihak polis dengan pantas mendapatkan perintah reman ke atas Adam Adli selama 5 hari. Ini satu penindasan terhadap anak muda yang bersuara bagi pihak rakyat majoriti.

Kemarahan Adam terhadap penipuan PRU-13 telah mempengaruhi ucapan beliau untuk menyeru orang ramai menyuarakan bantahan secara aman di jalanraya.

Seruan Adam Adli telah disambut dengan gegak gempita oleh hampir 3 ribu hadirin di KLSCAH yang juga didengari oleh 250 ribu pendengar radio secara live.

Telah berulang kali diungkap dalam kenyataan SAMM sebelum ini bahawa ucapan berbaur perkauman dan kebencian antara agama yang dilontar oleh proksi Umno tidak dikenakan sebarang tindakan walaupun ratusan laporan polis dibuat.

Malah pemimpin Umno, proksi Umno dan pemimpin mesra BN ini juga telah dilindungi dan kebal dari hukuman, menjelaskan lagi betapa negara ini mempunyai dua set undang-undang.

SAMM juga membidas sikap sombong bongkak Menteri Dalam Negeri yang baru apabila memilih untuk mula berkasar terhadap rakyat. Sedangkan ucapan Zahid Hamidi sendiri harus mengundang hasutan apabila mengarahkan rakyat meninggalkan negara ini sekiranya tidak setuju dengan ‘demokrasi yang mati’.

SAMM yakin dan percaya walaupun Adam Adli ditangkap, ia tidak langsung melemahkan gerakan yang diseru oleh Adam Adli iaitu gerakan ke jalanraya, malah tindakan ala-penjajah pihak KDN ini pasti memacu jutaan rakyat untuk hadir ke Kuala Lumpur dalam masa terdekat. Makin kamu menekan rakyat, makin menggunung keberanian rakyat.

SAMM memberi peringatan kepada regim, majoriti rakyat mahukan kerajaan yang baru tetapi malang bagi negara ini apabila kemenangan rakyat dicuri atas nama demokrasi palsu.

Tiba masanya rakyat bangkit untuk tidak menunggu 5 tahun lagi, kerana penantian 55 tahun itu sudah terlalu lama, inilah masanya kebangkitan rakyat. Suara Rakyat Suara Keramat! Kamu tangkap Adam Adli, akan lahir seribu lagi Adam Adli yang membuat seruan yang sama – Jalanraya.

Salam Hormat,

CHE’GUBARD
Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia

30 comments:

  1. TAHNIAH Datuk Seri Zahid Hamidi atas penahanan aktivis mahasiswa sewel, Adam Adli yang satu masa dulu pernah menggugat sentimen mahasiswa dengan beberapa provokasi bangang yang ditimbulkan oleh malaun ini bersama sebilangan lagi penggerak-penggerak mahasiswa yang sudah terlalu pandai untuk mengubah negara kononnya untuk menjadi lebih baik.

    ReplyDelete
  2. Adam Adli yang baru-baru ini ditahan di Bangsar dan dibawa ke Balai Polis Jinjang atas akta hasutan mendapat liputan yang meluas tak kira dari media pembangkang mahupun kerajaan.

    ReplyDelete
  3. Ini membuktikan yang Menteri KDN yang baru kali ini adalah bersikap serius dalam membendung kegiatan hasutan yang semakin berleluasa di Malaysia hingga pembangkang mahu menggulingkan kerajaan melalui jalanan mengikut acuan Arab Springs.

    ReplyDelete
  4. Namun yang menyedihkan ada lagi puak-puak mahasiswa sewel yang lupa jasa dan harapan keluarga mereka untuk belajar di IPT ingin mengadakan himpunan dihadapan balai polis bagi membantah penahanan Adam Adli ini.

    ReplyDelete
  5. Tak tahu apa sebabnya mereka nak berhimpun dengan menunjukkan sokongan terhadap budak mentah ini namun yang pasti mereka semua mahukan publisiti yang boleh menunjukkan kepada dunia yang mereka punyai 'STUDENT POWER'!!

    ReplyDelete
  6. Tolonglah wahai budak-budak tak habis belajar. Nak kata bodoh, masing-masing masuk IPT belajar sampai Degree. Nak kata pandai, masing-masing bodoh tak kaji dulu sejarah dan akta yang ada dalam negara. Kenapa nak langgar semua peraturan yang telah ditetapkan?

    ReplyDelete
  7. Apa lagi yang mahasiswa golongan seperti kamu ni nak lagi? Mansuh PTPTN? Belajar kasi pandai lah dulu lepas tu pinjaman yang dibuat akan ditukar kepada biasiswa secara automatik jika mencapai 1st Class Degree ataupun Dean List. Susah ke?

    ReplyDelete
  8. Memang lah susah sebab masing-masing sibuk nak berdemo. Masing-masing sibuk dengar ceramah pembangkang yang menghasut rakyat untuk menggulingkan kerajaan melalui jalanan. Sampai tak ada masa nak study atau buat assignment yang diberikan lecturer masing-masing.

    ReplyDelete
  9. Sibuk dengan aktiviti luar yang buatkan tak ada masa nak datang class sampai sanggup mohon cuti belajar pasal nak berkempen menangkan Anwar Juburi. Salah siapa? Tanya sendiri, jawab sendiri.

    ReplyDelete
  10. Menteri KDN yang baru ini diharapkan akan terus tegas seperti ini. Aku kenal ketegasan Datuk Seri Zahid Hamidi. Bukan jauh mana Sabak Bernam dengan Bagan Datoh tu. Aku salute pada Menteri KDN kali ini. Gunakanlah akta apa sekalipun asalkan negara Malaysia ini akan terus aman tenteram.

    ReplyDelete
  11. Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan jenayah jalanan termasuk jenayah demokrasi apabila didakwa mengajar rakyat Malaysia terutamanya generasi muda menolak keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

    ReplyDelete
  12. Katanya, Anwar secara jelas menggunakan demokrasi sebagai platform untuk menjahanamkan masa depan negara, paling menyedihkan apabila beliau menanamkan sikap buruk itu dalam kalangan generasi muda yang belum layak mengundi.

    ReplyDelete
  13. Anwar telah merosakkan pemikiran mereka dengan membuat pelbagai tuduhan jahat, fitnah yang amat dahsyat sehingga merosakkan amalan demokrasi di negara ini.

    ReplyDelete
  14. Sambil menyifatkan Anwar sebagai pemimpin yang tidak bertanggungjawab, Wan Ahmad berkata, tindak-tanduk seumpama itu juga akan mencacatkan kesinambungan amalan demokrasi di Malaysia selain mendidik generasi muda supaya membelakangkan undang-undang sekali gus menentang Perlembagaan Negara yang memperuntukkan keluhuran undang-undang sebagai salah satu elemen penting.

    ReplyDelete
  15. Beliau yang kesal dengan sikap buruk Anwar itu juga tidak menolak kemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap ketua pembangkang itu kerana melakukan fitnah yang melampau terhadap SPR dengan pelbagai dakwaan palsu berniat jahat untuk mengelirukan rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  16. Katanya, Anwar dan pembangkang sepatutnya menunggu keputusan PRU-13 diwartakan dan memfailkan petisyen pilihan raya jika mereka benar-benar tidak berpuas hati dengan keputusan yang memihak kepada Barisan Nasional (BN) sebagai parti yang diberi mandat untuk meneraju kerajaan.

    ReplyDelete
  17. 'Semasa di mahkamah nanti bentangkan bukti, kemukakan saksi, bariskan peguam-peguam pembangkang yang hebat-hebat belaka. Kalau kalah juga, buat rayuan sampai ke peringkat tertinggi. Bukannya dengan cara membuat perhimpunan semata-mata untuk mengelirukan rakyat dan menabur fitnah,'' katanya.

    ReplyDelete
  18. Wan Ahmad turut melahirkan kebimbangan tentang masa depan generasi muda kerana pemikiran mereka terlalu mudah meresap dakyah-dakyah jahat Anwar dan pembangkang sehingga akhirnya membentuk satu generasi yang tidak percaya kepada demokrasi tulen.

    ReplyDelete
  19. 'Generasi ini akan percaya bahawa penganjuran perhimpunan haram, penyebaran fitnah tanpa batasan dan tuduhan-tuduhan jahat adalah amalan demokrasi yang perlu dijunjung. Mereka terpengaruh dengan dakyah Anwar yang hakikatnya bertujuan menghancurkan masa depan negara serta merosakkan sistem yang telah diamalkan sejak negara mencapai kemerdekaan,'' katanya.

    ReplyDelete
  20. Beliau kesal kerana keengganan Anwar menerima hakikat bahawa pakatan pembangkang tidak dipilih sebagai peneraju kerajaan telah menyebabkan beliau bertindak di luar kewarasan akal serta mengheret rakyat sehingga ada anak muda yang tidak tahu apa-apa turut terjebak.

    ReplyDelete
  21. Katanya, akibat terlalu obses mahu menjadi Perdana Menteri, Anwar menjadi manusia tidak bertanggungjawab sehingga sanggup menganjurkan siri perhimpunan yang bukan sahaja mengganggu ketenteraman awam malah merosakkan pemikiran rakyat, justeru beliau selayaknya digelar penjenayah demokrasi kerana membunuh sistem yang telah menyebabkan kerusi dimenangi pakatan pembangkang bertambah.

    ReplyDelete
  22. Di bawah akta hasutan. Kerana menghasut. Adam ada keluarkan satu kenyataan yang disifatkan oleh PDRM sebagai berbaur hasutan pada 13 mei yang lepas dalam satu program yang di anjurkan oleh SAMM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam forum itu, Adam menyertai beberapa NGO anti-kerajaan memanggil satu perhimpunan jalanan besar-besaran untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap proses pilihan raya umum pada 5 Mei lalu.
      Cara yang dilakukannya ini salah dan tidak mempunyai permit polis, cara yang betul hanyalah melalui petisyen rakyat dan bukti kukuh.

      Delete
    2. Adam sebelum ini pernah menggemparkan negara kerana menurunkan bendera yang memaparkan imej Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Adam melakukan perbuatan itu dalam satu himpunan haram 17 Disember tahun lalu. Perbuatan ini sugguh tidak menghormati Negara dan ketua pemimpin.

      Delete
    3. Selain itu juga, saudara Adam yang melakukan demonstrasi jalanan tanpa permit juga melanggar undang-undang.

      Delete
    4. Adam Adli telah memalukan nama baik mahasiswa dan mahasiswa USM juga mengutuk tindakan Adam Adli

      Delete
  23. Mahasiswa-mahasiswa USM telah telah mencapai kata sepakat mengecam tindakan biadap Adam Adli bersama rakan-rakannya didalangi oleh PKR melakukan demo di PWTC dan menurunkan bendera wajah Perdana Menteri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ekoran dengan tindakan biadap itu, nama baik mahasiswa telah tercemar dan mendapat pandangan negetif daripada pelbagai pihak dengan tindakan Adam Adli juga ini sangat memalukan dan tidak mencerminkan perwatakan sebagai seorang mahasiswa. Disebabkan oleh beberapa perkara inilah Adam Adli ditahan polis.

      Delete
    2. Adam Adli seharusnya memfokus kepada pelajarannya dan bergraduasi mendapatkan segulung ijazah serta memartabatkan ibubapanya tetapi dia memilih jalan yang salah akibat hasutan dari sentimen ketua pembangkang Anwar.

      Delete
  24. itulah kau Adam.. apa guna jg kau berabis mcm tu.. kau punya result semester berapa? bgs ka? jgn saja tidak sampai 2 pointer.. bkin malu ja..
    ckap hebat. . belajar teruk pla.. haha

    ReplyDelete