GANDING.....
Saifullah menjelaskan bahawa Pemuda UMNO akan sentiasa berganding bahu dengan 3
ADUN dan ADR bagi membantu membangunkan Semporna.
Oleh: SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIES S JUMADI
SEMPORNA : Ramalan
segelintir pemerhati Politik atas pagar yang mendakwa kononnya golongan muda yang berumur antara 21 hingga
30 tahun begitu condong kepada parti pembankang dan menjadi penentu hala tuju Pakatan
Rakyat bagi membentuk kerajaan baru di bawah pimpinan Anwar Ibrahim,
nampaknya jauh meleset.
"Kita tidak usah pergi
jauh-jauh. Di Semporna sahaja ramai di kalangan belia menyokong kerajaan BN dan
telah terbukti dengan kemenangan kesemua calon BN iaitu Datuk Mohd Shafie Hj Apdal
(Parlimen Semporna); ADUN Bugaya Datuk
Ramlie Marhaban; ADUN Senallang Datuk Hj Nasir Tun Hj Sakaran dan ADUN
Sulabayan Datuk Jaujan Sambakong
(calon baru) dengan majoriti yang lebih besar."
Demikian dinyatakan sendiri
oleh seorang pemuda UMNO Kampung Air Semporna
1, usahawan muda yang bergelar jutawan iaitu Mohd Saifullah Minggu semasa
diwawancara Sabahkini.Net disalah sebuah
restoran terkemuka di sini.
Saifullah menjelaskan bahawa
anak-anak muda sudah mula menyedari
bahawa kerajaan BN sahaja yang mampu membawa kemajuan negara, terutama
memastikan tenaga dan usaha golongan belia tidak sia-sia dan bermatlamat.
“Saya juga anak muda baru
berusia 24 tahun. Ramai ahli UMNO di cawangan Kampung Air yang sebaya umur saya.
Mereka begitu megah menyokong kerajaan BN dan mereka tidak berminat dengan
parti-parti pembangkang seperti DAP, PAS dan PKR yang tiada lain, selain
menimbulkan kontroversi dan memutarbelitkan fakta songsang," kata
Saifullah yang meyakini beliau Semporna sudah
bijak menilai yang mana batu dan mana
permata.
SEMANGAT....Saifullah
bersama-sama Pemuda UMNO Cawangan Kg Air Semporna 1 yang berhempas pulas bagi
memastikan calon-calon BN meraihkan kemenangan PRU 13.
Apapun tambah Saifullah, beliau
menggesa agar semua Wakil Rakyat yang terpilih pada PRU 13 ini agar tidak tidur
lena dibuai mimpi yang indah; sebaliknya harus bekerja keras
untuk menaiktaraf Pekan Semporna daripada
jolokan 'Pekan Sampah' (Land Of Rubbish)
kepada 'Bandar Mutiara' (Pearl of The East).
“Saya bagi pihak penyokong
tegar BN ingin mengucapkan tahniah kepada Wakil Rakyat kami kerana kerja keras
mereka berjaya memastikan BN terus memerintah Sabah sekalipun diserang Tsunami
kaum Cina yang telah memilih hala tuju politik mereka di tangan
Pembangkang," ujar Saifullah yang berharap agar semua wakil rakyat ini merelialisasikan hasrat pengundi ke arah memartabatkan
Semporna sebagai sebuah pekan yang tercantik dan yang terbersih di Malaysia.
No comments:
Post a Comment