Saudara Pengarang,
SAYA telah menerima aduan
daripada orang awam semasa membuat tinjau bersama Penyelaras Angkatan Rakyat
Muda Parti Rakyat Malaysia Bahagian
Sandakan, Kwan Chew Git, di Taman
Damai , Batu 4, Sandakan.
Menurut aduan penduduk
setempat, tandas tersebut terbiar sejak dua tahun lalu kerana Majlis
Perbandaran Sandakan (MPS) tidak pernah mengambil tindakan susulan sekalipun aduan
rasmi telah dibuat kepada Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Elopura , MPS dan Pengerusi
JKKK.
Tandas terbiar ini telah menjadi
tempat pembuangan sampah dan mengeluarkan bau yang amat meloyakan dan dapat dihidu
di sekitar kawasan Taman tersebut. Sampah sarap yang dilonggokkan dalam tandas
juga menyebabkan kedatangan anjing-anjing liar dan sisa sampah sarap juga tertinggal
di sekitar Taman Permainan.
Salam Hormat,
WONG KAH KIET
Penyelaras Angkatan Rakyat
Muda -PRM
Tahniah, blog sedemikian mampu memberi kesedaran supaya orang umum lebih prihatin dan mahu bersama-sama menjaga kebersihan dan keselesaan. Semoga ada tindakan yang diambil oleh pihak MPS.
ReplyDelete