Oleh : MUTALIB M.D
BARISAN Nasional telah
memenangi 112 kerusi Parlimen dan berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti
mudah sementara menunggu 52 lagi keputusan rasmi setelah Pakatan Rakyat masih
terikat dengan 58 kerusi, masing-masing DAP 29, PKR 17 dan PAS 12.
Bagaimanapun dua Presiden
Parti Komponen Barisan Nasional, Tan Sri Bernard Dompok (UPKO) dan Datuk Liew
Vui Keong (LDP) tumpas ditangan pendatang baru sekalipun BN dan parti
masing-masing bekerja keras untuk memenangkan mereka.
Di Kerusi P 186-Sandakan Liew
Vui Keong hanya berjaya memperolehi 13,138
undi dan tewas kepada Calon DAP, Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh yang mendapat 14,226
undi.
Manakala Bernard Giluk
Dompok hanya mendapat 12,382 undi dan tewas ditangan Ignatius Dorell Lieking (PKR)
yang mendapat 22,598 undi meninggalkan calon STAR Melania @ Melanie Annol yang
hanya memperolehi 1,119 (STAR).
Menurut keputusan tidak
rasmi, BN Sabah mendapat 22 kerusi iaitu Sandakan, Penampang dan Kota Kinabalu
kepada DAP (2) dan PKR.
Namun BN Sabah masih menjadi
kerajaan Negeri Sabah setelah memperoleh 50 kerusi daripada 60 kerusi Dewan
Undangan Negeri.
BERITA LANJUT AKAN MENYUSUL
No comments:
Post a Comment