MENANG.....Lim
Kit Siang menewaskan Abdul Ghani, yang merupakan bekas menteri besar Johor
selama 18 tahun.
Oleh : MOHD FARHAN DARWIS
JOHOR BARU : Sejarah
tercipta apabila kubu kuat Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen Gelang
Patah kini menjadi milik Lim Kit Siang dari DAP yang menewaskan calon BN, Datuk
Abdul Ghani Othman dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).
Penasihat DAP itu menewaskan
Abdul Ghani, yang merupakan bekas Menteri Besar Johor selama 18 tahun.
Kerusi Gelang Patah mencuri
tumpuan apabila menjadi kerusi paling panas kali ini apabila veteran DAP itu
diletakkan bertanding di kawasan Wilayah Ekonomi Iskandar.
Kerusi yang selama ini
menjadi milik MCA, melalui Ketua Wanita mereka, Tan Ah Heng juga telah
dipinjamkan kepada Umno. Ah Heng kini berada di hospital menjalani rawatan
barah payudara.
Gelang Patah meliputi dua
kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu Nusajaya yang ditandingi oleh Naib
Presiden PAS Salahuddin Ayub menentang Dr Zaini Abu Bakar dari BN dan Skudai
yang diwakili Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau menentang Liang Ah Cy dari
BN.
Johor meliputi 1,605,311
juta pengundi berdaftar, dengan Gelang Patah merangkumi sejumlah 106,726
pengundi dan berdasarkan peratusan kaum, kerusi ini memiliki majoriti pengundi
Cina sebanyak 52.41 peratus, Melayu 34.27 peratus, dan India 12.49 peratus.
No comments:
Post a Comment