KOTA KINABALU: Dewan
Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) meminta bahan-bahan publisiti yang dipasang oleh
parti-parti semasa Pilihan Raya Umum ke13 baru-baru ini seperti poster,
bendera, papan tanda, billboard dan sebagainya dibuka dengan segera.
Mayor bandaraya Kota
Kinabalu, Datuk Abidin Madingkir berkata sekiranya bahan-bahan publisiti tidak
dibuka dalam tempoh terdekat, pasukan khas yang terdiri daripada PDRM, DBKK, Jabatan
Kerja Raya dan SESB akan melakukan operasi bersepadu.
"Operasi akan dijalankan
untuk membuka bahan-bahan publisiti berkenaan di kawasan dalam bidang kuasa
masing-masing. Jika bahan-bahan publisiti ini dibuka oleh pasukan berkenaan,
deposit iklan parti-parti terbabit tidak akan dikembalikan," katanya dalam
satu kenyataan di sini kelmarin.
Bagi kerusi parlimen
katanya, deposit iklan adalah RM2,000 dan untuk kerusi DUN, deposit iklan
adalah RM1,000.
No comments:
Post a Comment