BERWAWASAN....Charles membayangkan wawasannya untuk memajukan Karamunting ketika diwawancara menjelang hari pembuangan undi.
Oleh: SHAIMON S JUMADI
KARAMUNTING : Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) Karamunting,
Charles O Pang mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi di kawasan DUN
Karamunting kerana telah memberi mandat kepada beliau setelah mengekalkan
kerusi DUN Karamunting.
“Kemenangan saya adalah kemenangan BN dan Rakyat Karamunting
juga seperti yang saya katakan dalam
kempen saya yang lalu; sekiranya saya diberi mandat pada PRU 13 ini saya akan menunaikan
semua janji saya untuk membangunkan Karamunting dengan lebih pesat lagi,”
katanya.
Charles Pang yang dihubungi
Sabahkini.Net melalui panggilan telefon
kelmarin menyarankan rakyat di Karamunting supaya memberikan sokongan dan
kerjasama sepenuhnya terhadap dasar-dasar kerajaan Barisan Nasional (BN) supaya agenda kerajaan membangunkan negara dapat
diteruskan.
Charles yang masih berada di
Kota Kinabalu akan kembali ke Sandakan dalam waktu terdekat untuk membina Pejabat
ADUN Karamunting bagi memudahkan rakyat
berinteraksi dari semasa ke semasa.
Katanya lagi, rakyat di
Negara ini termasuk di Sabah khususnya penduduk kawasan Karamunting masih
mahukan pucuk pimpinan Datuk Mohd Najib Tun Abdul Razak di peringkat
persekutuan dan Datuk Seri Musa Hj Aman di peringkat negeri kerana kedua-dua
pemimpin ini bukan sahaja dinamik; bahkan berpandangan jauh untuk membela nasib
rakyat di negara ini tanpa mengira siapa mereka.
No comments:
Post a Comment