Saudara Pengarang,
PETUALANG seperti Wilfred
Bumburing harus menerima hukuman daripada rakyat dalam PRU yang ke 13 ini.
Beliau tidak harus diberikan ruang dan peluang kerana beliau telah menunjukkan
sikap 'tamak' dan 'rakus' dalam dirinya kerana sanggup melakukan apa sahaja
untuk mencapai kepentingan peribadinya.
Wilfred telah menjadi
pengkhianat kepada kaum KDM suatu ketika dahulu apabila beliau telah mencuba
dan berusaha untuk menjatuhkan kerajaan kepimpinan 'Huguan Siou', Tan Sri
Joseph Pairin Kitingan.
Wilfred juga sanggup
berbohong kepada Ansari Abdullah, Ketua Cabang PKR Tuaran. Tidak cukup dengan
itu, dalam diam dan dengan perlahan untuk 'membunuh' PKR dengan berhasrat untuk
menubuhkan parti baru setelah puas memperalatkan PKR.
Dengan kedudukannya yang
bagaikan 'anjing kelaparan', tanpa segan silu tergamak mengkhianati penganut
agama Kristian ketika bersama Barisan Nasional dahulu.
Dalam kesibukan setiap parti
politik yang bertanding pada PRU 12 (2008), Pakatan Rakyat konsisten bahawa
penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah 'Allah' dan pada ketika itu,
PKR Tuaran mengedarkan risalah berhubung perkara berkenaan kepada umum.
Antara isi kandungan risalah
tersebut ialah, Parti Keadilan Rakyat tidak membantah umat Kristian daripada
menggunakan kalimah 'Allah' serta tidak membantah umat Kristian daripada
menggunakan Al-Kitab dalam bahasa Melayu.
Sehari selepas pengedaran
risalah tersebut, IPD Tuaran telah menghubungi mereka yang terlibat dalam
edaran risalah tersebut untuk diambil keterangan kerana seorang yang bernama
Dennis Gimpa telah membuat laporan polis berhubung edaran risalah itu.
Apabila mengetahui bahawa
Dennis Gimpa adalah orang kanan Datuk Wilfred Bumburing yang merupakan calon
Barisan Nasional P.170 Tuaran ketika itu, saya tertanya-tanya, apakah status
dan standard Wilfred Bumburing sebagai pemimpin KDM dan penganut agama Kristian
kerana tergamak menentang penggunaan kalimah 'Allah' oleh umat Kristian?
Tidak hairanlah jika Wilfred
Bumburing 'dikuburkan' aspirasi politiknya kerana telah 'ketulahan' disebabkan
mengkhianati agama dan bangsa sendiri!
Ini Kali Lah, Tolak Wilfred
Bumburing!
Salam Hormat!
AZMIE BUDIN
No comments:
Post a Comment