Oleh : SALASIAH SALAMUN
BATU SAPI : Billboard calon
Pakatan Rakyat yang telah dipasang sejak penamaan calon tempoh hari dicemari
dengan contengan dan tulisan yang melampau. Ia disedari oleh petugas PAS yang
melalui jalan tersebut pukul 3 pagi tadi.
Billboard calon PAS dan DAP
itu terletak berdekatan dengan SK Sung Siew Batu 4 Sandakan yang meliputi
kawasan Parlimen Batu Sapi.
"Ini mainan politik
yang sangat jijik. Billboard yang dicemari dengan kata-kata kesat begini sudah
mencacatkan suasana pilihanraya.
"Kita semua menyatakan
bahawa kita adalah Negara demokrasi, namun sikap begini menjadi barah yang
semakin serius dalam masyarakat kita," kata Calon PAS, Haji Hamzah Abdullah
yang kesal dengan kejadian tersebut.
No comments:
Post a Comment