KUALA LUMPUR : Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku
Abdul Halim Muadzam Shah di Istana Negara, di sini, pada 12 tengah hari ini (rabu)
bagi mendapat perkenan terhadap cadangan pelantikan barisan kabinet yang
baharu.
Baginda telah memperkenan
Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah
Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Menteri Dan Timbalan Menteri
diadakan di Istana Negara, 9.30 pagi Khamis.
Demikian menurut kenyataan
dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri hari ini. Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5
Mei, menyaksikan Barisan Nasional (BN) yang diterajui Najib kembali berkuasa
apabila parti gabungan itu menang 133 daripada 222 kerusi parlimen untuk
membentuk kerajaan persekutuan yang baharu.
Isnin lepas, Najib
mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri di hadapan Tuanku Abdul Halim
Muadzam Shah di Balai Rong Seri, Istana Negara.
Sebelum Dewan Rakyat
dibubarkan pada 3 April lepas, Kabinet merangkumi 25 kementerian dan diterajui
oleh 28 menteri. Najib turut menerajui Kementerian Kewangan serta memegang
portfolio Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. (Bernama)
No comments:
Post a Comment